RAHIM TURUN – Akibat Peneranan Kuat Semasa Proses Melahirkan Anak

RAHIM TURUN – Akibat Peneranan Kuat Semasa Proses Melahirkan Anak

Wanita yang melahirkan anak berdepan dengan risiko peranakan rendah atau rahim turun. Ini kerana otot pelvis atau tulang kajang akan merenggang akibat peneranan yang kuat semasa proses melahirkan.

Jika tidak dirawat dari awal, keadaan tersebut boleh menjadi penyebab kepada masalah kerap membuang air kecil atau terkencing apabila batuk, ketawa atau bersin. Jika kelahiran berulang, otot faraj akan semakin longgar sehingga mengakibatkan terjadinya prolaps atau keluar tombong. Secara fizikal, keadaan urat saraf dan luka kelahiran sama ada secara normal atau pembedahan tidak banyak berbeza.  Cuma luka kelahiran secara pembedahan adalah lebih ketara dengan kesan bukaan pada abdomen, tempat di mana bayi dikeluarkan, manakala ibu yang bersalin normal hanya mengalami luka di mulut rahim atau mulut faraj.

Ramai wanita hari ini mengganggap bersalin secara pembedahan tidak meninggalkan kesan longgar pada saluran faraj atau kesan lain pada peranakan, lalu sewenang-wenangnya memendekkan jangka masa berpantang. Dengan itu, jimak dimulakan dengan lebih cepat. Perlu diingatkan bahawa sebenarnya, bersalin secara pembedahan memerlukan lebih perhatian perubatan tradisional berbanding bersalin secara normal dan juga boleh menyebabkan rahim turun.

Ini kerana seluruh peranakan masih bengkak dan luka jahitan masih mentah. Bagi memulihkannya dengan sempurna, satu jangka masa yang panjang diperlukan, iaitu sekurang-kurangnya 60 hari. Sebaik-baiknya, setiap ibu bersalin menunggu sehingga melepasi hari yang ke 100 agar seluruh anggota peranakan pulih seperti sediakala, dan sekaligus dapat menjauhi masalah penuaan sebelum masanya. Bagi yang bersalin normal, ilmu perbidanan Melayu menekankan bahawa tempoh berpantang selama 60 hari adalah amat penting untuk memilihara mulut rahim serta seluruh peranakan yang masih lemah dan mentah. Jadi boleh elak masalah rahim turun.

Oleh yang demikian, proses berpantang Bersalin adalah sangat PENTING dan wanita patut ambil berat dalam hal ini. Penjagaan diri di dalam pantang seperti berbengkung, bertungku, mengurut dan makan jamu/vitamin adalah sangat penting. Bersalin secara pembedahan juga wajib berbengkung, bertungku dan mengurut. Saya sendiri ada pengalaman bersalin secara pembedahan 6 tahun lepas dan saya sendiri berbengkung, bertungku dan mengurut. Akibatnya saya tidak pernah rasa sengal, sakit tulang belakang walaupun selalu buat kerja kerja berat (saya engineer yang bekerja di site) Lambakan pelbagai jenis jamu, vitamin dalam set berpantang shaklee bersalin menyebabkan kita keliru yang mana satu sesuai .

sumber : bidanbersalin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.