Rambut Gugur Lepas Bersalin ? Cuba 7 Tips Berkesan Ini

Rambut Gugur Lepas Bersalin ? Cuba 7 Tips Berkesan Ini

Wah memang merana kalau dah rambut gugur lepas bersalin. Memang boleh jadi botak kalau tak dijaga, hahaha. Ok takpa, kita cuba petua tradisional di bawah, mana tahu boleh atasi masalah korang nih.

1. GUNA LIDAH BUAYA, BUNGA RAYA DAN LITUP BUMI

Ambil lendir daun lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Masukkan semua kedalam satu bekas. Campurkan sedikit minyak zaitun ke dalam semua adunan lendir pokok tadi. Kemudian sapukan di bahagian rambut selepas mandi di waktu pagi dan petang.

2. GUNA SANTAN KELAPA

Parut sebiji kelapa, perah dan ambil santannya. Masak santan sehingga mengeluarkan minyak dan biarkan sejuk. Rawatan rambut gugur ini mesti menggunakan santan yang sudah sejuk. Ratakan di seluruh bahagian kepala dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, barulah rambut dibilas bersih.

3. GUNA DAUN SERAI

Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Kemudian, masak dengan secawan air hingga berwarna kekuningan. Sejukkan air rebusan tersebut. Usapkan air tersebut perlahan-lahan ke seluruh bahagian kepala. Amalkan selama dua minggu bagi melihat kesannya.

4. LIMAU NIPIS DAN PUTIH TELUR

Perahkan tiga biji limau nipis. Campurkan dengan dua biji putih telur. Ratakan di seluruh bahagian rambut. Biarkan selama dua jam. Kemudian, baru cuci bersih. Ini antara rawatan rambut gugur yang paling mudah.

5. GUNA LOBAK MERAH

Lobak merah (carrot) diparut halus. Kemudian, campurkan dengan minyak kelapa dan sapu rata pada bahagian rambut. Basahkan tuala kecil dengan air panas dan perapkan bahagian rambut.

6. GUNA HALBA

Rendam segenggam halba dan beberapa keping buah sintok selama dua hingga tiga jam. Kemudian, rebuskan hingga air rebusan berubah warna menjadi warna perang pekat. Biarkan sejuk. Ramaskan ramuan tersebut hingga hancur dan lumurkan pada rambut. Biarkan selama beberapa minit dan bilas dengan air bersih.

7. GUNA KACANG HIJAU

Rebus segenggam kacang hijau tetapi jangan sampai air rebusannya kering. Biarkan air tersebut sejuk. Sebelum tidur, sapukan air tersebut pada akar rambut. Basuh rambut pada keesokan paginya. Boleh diamalkan pada setiap hari. Tentu sekali ini rawatan rambut gugur tradisional yang sangat mudah

So itu sahaja tips terbaik kalau nak atasi masalah rambut gugur lepas bersalin. Nak lagi best rawatan terbaik boleh cuba set rambut gugur shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat