RAMUAN RAHSIA KULIT CANTIK – Tips Wajah Awet Muda

RAMUAN RAHSIA KULIT CANTIK – Tips Wajah Awet Muda

Biasa guna produk-produk kecantikan ? Tepek-tepek, sapu-sapu, tampal-tampal ? Apa kata sekarang kita cuba pula produk kecantikan yang mencantikkan wajah kita dari dalam. Mesti lah lagi best kan? Bila kita dah mula menjaga dari dalam, kesannya bukan saja dalaman malah luaran. Bila di dalam dah cantik, di luar akan juga cantik secara semulajadi. Jom baca ramuan rahsia kulit cantik di bawah.

Ramuan Rahsia Kulit Cantik

Caranya adalah memberi makanan kepada sel-sel dalam badan kita. Apakah makanan sel kita? Nutrien! Dalam pemakanan harian kita, kita mengambil pelbagai jenis makanan. Namun, adakah makanan yang kita makan sekadar memberi kenyang atau membekalkan nutrien yang secukupnya?

Nutrien yang cukup menjadikan tubuh kita berfungsi dengan baik, sekaligus memberi kesan yang sangat bagus pada kulit. Apakah vitamin yang penting untuk kecantikan kulit dari dalam ?

1. Vitamin A

  • Merupakan antioksidan yang memerangi radikal bebas hasil dari sinaran UV, pencemaran, radiasi, stress dan pemakanan.
  • Mengawal selia penghasilan sebum di wajah.
  • Menguatkan jaringan pada sel kulit.
  • Mencegah kemunculan jerawat.

2. Vitamin B Complex

  • Melancarkan peredaran darah.
  • Membantu dalam penghasilan sel-sel baru.
  • Menjaga kelembapan kulit secara semulajadi.
  • Membantu mencegah dan merawat jerawat.

3. Vitamin C

  • Merupakan antioksidan yang memerangi radikal bebas hasil dari sinaran UV, pencemaran, radiasi, stress dan pemakanan.
  • Melindungi sel dengan membentuk membran sel yang kuat.
  • Menguatkan imuniiti tubuh untuk melawan jerawat.
  • Mencegah penuaan pada kulit.
  • Membantu dalam penghasilan kolagen.

4. Vitamin E

  • Merupakan antioksidan yang memerangi radikal bebas hasil dari sinaran UV, pencemaran, radiasi, stress dan pemakanan.
  • Menguatkan jaringan pada sel kulit.
  • Membantu mengurangkan risiko jangkitan akibat dari masalah jerawat dan sebagainya.
  • Membantu menjadikan kulit lebih cerah dan ceria.

Jaga Pantang Larang

Cantik bukan setakat di definisikan sebagai cantik rupa paras saja tetapi merangkumi banyak aspek, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Bagaimanapun, jika seseorang itu memiliki rupa paras menawan, ia bonus kepadanya. Selain itu, keinginan untuk cantik bukan setakat menggunakan produk kecantikan di pasaran dengan pelbagai fungsi, ia juga perlu diselaraskan dengan beberapa pantang larang supaya kesannya lebih maksimum.

Pantang larang ini wujud sejak zaman dulu kala lagi. Lihat saja datuk nenek kita mengekalkan kecantikan tanpa bantuan produk. Jawapannya mudah, hanya mengamalkan pantang larang ditambah pula mengambil pemakanan berkhasiat dan aktiviti harian, kecantikan asli itu pasti terserlah.

sumber : vitaminsemulajadi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.