DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Rasa Kehilangan Buat Kita Kuat

Rasa Kehilangan Buat Kita Kuat

Hilang.

“Kak Lyna takpela Kak Lyna tak rasa apa saya rasa”
“Kak Lyna takpela team Kak Lyna ramai”
“Kak Lyna takpela Kak Lyna blablabla…”

Sayang-sayang,

Kak Lyna ni dah berbisnes lebih 10 tahun. Apa yang awak hadapi harini, yg awak mengadu2 pada Kak Lyna tu, Kak Lyna dah rasa. Bukan sekali, bukan dua kali, berkali2.

13 tahun in business, macam2 dah Kak Lyna lalui dan hadapi. Macam2 dah rasa.

Kena betray, kena buang, kena fitnah, kena tinggal… oleh org yg paling kita percaya.

Itu benda2 yg kita kena terima bila kita buat bisnes. Cabaran bisnes tu berbeza, luar biasa.

Belajar utk melihat kebaikan di sebalik apa yg terjadi. Ada hikmah di sebalik dugaan. Meski pun dugaan paling pahit.

Hikmah terbesar kita akan jadi unstoppable. Kita dah tak peduli dan tak bergantung kpd sesiapa, sbb kita dah rasa, bila bergantung pd manusia, mereka boleh je buat macam2 pd kita.

Baru kita mengerti makna “Bergantung hanya pd Allah”.

Hilang segalanya.
Jatuh terduduk.
Terguling. Tertiarap.
Kak Lyna dah rasa semua.

Tp percayalah kesakitan tu bukan utk menyeksa kita, tp utk menjadikan kita lebih baik.

Thats why kena latih diri tgk kebaikan… kalau kita nak tgk sisi sebaliknya, itu lah yg kita dapat. Why nak seksa diri lagi? Dunia dah cukup menyeksa kita. Back to Him. World is not fair, but He is The Merciful.

Now is winter in the North. Winter does not last forever. Soon spring will come. Grateful for this beautiful day.

Dalam bisnes tak boleh manja, tak boleh harap org belai2 kita. Kita kekal baik sangka tp there are people who is waiting for our descent. Rasa2 mereka akan belai2 kita?

Hati kena kuat. Ingat Tuhan selalu. Kenang selalu kisah2 perjuangan para Nabi.

Hilang sesuatu? Tak apa… dunia ni berpusing. Kita hilang sekejap, Tuhan ganti yg lebih baik.

@kak.lyna
#iReachPreneur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat