DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Rawatan IVF

Rawatan IVF

Saya telah mendapat banyak pertanyaan tentang IVF. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas setiap pertanyaan tetapi saya harap info yang akan saya tulis ini akan sedikit sebanyak memberi manafaat kepada puan2 sekelian.

Di Malaysia terdapat lebih kurang 35 premis yang mengendalikan perkhidmatan IVF. Dari jumlah ini 31 berada di sektor swasta dan 4 di sektor kerajaan mengikut zon. Hospital yg menawarkan perkhidmatan IVF di sektor kerajaan adalah Hospital Kuala Lumpur di ketuai oleh Dr. Norhaliza, Hospital Likas diketuai oleh Dr. Mohd Hatta, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Trengganu diketuai oleh Dr. Mohd Nasir dan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar diketuai oleh saya.

Di bawah perkhidmatan kerajaan puan memerlukan rujukan ke hospital dan doktor akan menilai kesesuaian puan untuk rawatan ini. Kos di hospital kerajaan adalah rendah berbanding di perkhidmatan swasta kerana pihak kerajaan telah memberi subsidi ubat ubatan. Kos di hospital kerajaan adalah sekitar 5 ribu (anggaran). Walaubagaimanapun pesakit terpaksa menunggu giliran kerana kes rujukan yang banyak dan coverage luas mengikut zon. Secara purata waktu menunggu di hospital saya adalah sekitar setahun.

Terdapat beberapa kriteria yg telah ditetapkan utk membolehkan seseorang menjalani prosedur IVF. Antaranya;
1. Warganegara Malaysia
2. Mempunyai indikasi yang disahkan oleh doktor untuk prosedur IVF
3. Ibu sihat untuk hamil
4. Berusia di bawah 42 tahun
5. Tidak mempunyai anak dalam perkahwinan ini

Ada juga beberapa kriteria lain mengikut hospital seperti berat badan wanita, status merokok wanita dan suami dan juga nilai darah FSH untuk menilai simpanan telur wanita.
Saya menasihatkan wanita yang mengalami masalah kesuburan berjumpa doktor pakar untuk mendapat penilaian dan memulakan rawatan secepat mungkin.

Peratus kejayaan IVF bergantung kepada beberapa faktor seperti usia wanita, masalah yg menyebabkan beliau tidak hamil dan juga makmal/pusat di mana IVF dilakukan. Pada seorang wanita muda dalam 30 an peratus kejayaan IVF boleh menghampiri 50% manakala untuk wanita berusia 40 dan ke atas peratusnya mungkin hanya 10% sahaja.

Semoga puan2 sekelian berjaya dalam usaha mencapai impian mempunyai zuriat dalam kehidupan. Jangan putus asa berdoa kepada Allah swt yang memberikan rezeki kepada hambanya. Nabi Zakaria tidak pernah putus asa sehingga akhirnya beliau dikurniakan cahayamata begitu juga Nabi Ibrahim yang tidak pernah putus asa sehingga akhirnya Allah kurniakan Nabi Ismail dalam kehidupannya.

kredit : Dr Munizah Mohd Zain

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat