DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Rawatan Kesuburan

Rawatan Kesuburan

saya nak kongsi sikit cara-cara nak dapat rawatan kesuburan di hospital kerajaan…ramai yang tertanya-tanya terutama kepada pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi belum berjaya pregnant….rata-rata ingin tahu masalah masing-masing tetapi malu…urm jawapan malu yang selalu saya dapat sebab takut dirawat oleh doktor lelaki (memang xdinafi ini risiko sekiranya pergi ke klinik/hosp kerajaan…tetapi kalau mampu bayar kos perubatan beratus2 ringgit pergilah ke swasta…untuk makluman kepada pegawai awam rawatan kesuburan adalah percuma sehingga lah ke prosedur iui….tetapi hanya 3x sahaja ianya percuma…if nak buat iui kali ke-4 kena lah bayar….kos boleh refer or call sahaja hospital yang puan2 nak pergi…

Rawatan Kesuburan

Langkah pertama – Perlu pergi ke klinik kerajaan dahulu dan nyatakan masalah puan dan pasangan…disini doc akan check seperti scan ke n tanya sejarah perkahwinan contoh pernah gugur x, bape lama kahwin…sekiranya semua selesai baru lah puan2 akan direfer ke o&g hospital…disinilah perjalanan bermula…

Langkah kedua – Puan2 akan bawa surat dari klinik ke o&g then kalau puan2 bernasib baik akan dapat tarikh temujanji pada hari yang sama…selalunya doc akan review jek surat klinik tu then akan bagi tarikh baru untuk next appoitment…

Langkah ketiga – Datang semula pada tarikh yang ditetapkan kemudian doc akan scan perut if rahim normal doc akan buat ujian darah day 1 n 21 period (puan2 kena dtg semula ambil drh masa period nantilah)…
Langkah keempat – lepas dah dpt ujian darah ada kemungkinan puan akan buat x-try HSG iaitu alat akan dimasukkan melalui faraj dan akan ditembak cecair ke dalam rahim dan gambar xtry pergerakan cecair akan di ambil…untuk pastikan rahim puan2 ada tersumbat or normal…

Langkah kelima – Puan2 kena datang review report HSG….If normal doc akan bagi clomid untuk membantu telur matang ini pada sesiapa yang kitaranya normal n dibekalkan asid folid dan sebagainya….itu sahaja rawatan yang akan dilakukakan kepada pesakit yang tidak mengalami masalah yang berat…sekiranya puan2 ada masalah ketumbuhan seperti cyst ,fibroid or endo puan2 akan diberi rawatan lain dahulu sebelum langkah ketiga dan keempat….

sekian ini sahaja yang boleh saya coretkan berdasarkan pengalaman saya di hospital kerajaan…tetapi ingat lain doktor lain caranya.

Rawatan IVF

Sebanyak 40 peratus daripada mereka memerlukan rawatan menggunakan teknik reproduktif bantuan (ART) iaitu merangkumi Superovulation and Intrauterina Insemination (IUI), In- Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Spem Injection (ICSI).

Begitupun, tidak ramai menyedari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, telah mempunyai pusat rawatan ini yang mula beroperasi pada 2009. Ia suatu pusat yang sangat baru usianya namun telah mulai menunjukkan kadar kejayaan membanggakan bagi membantu pasangan suami isteri menggapai impian mereka.

Klinik Reproduktif HSNZ melalui kaedah IVF atau lebih dikenali sebagai kaedah bayi tabung uji kini berjaya meningkatkan kadar kejayaan mengandung kepada 35 peratus berbanding hanya 15 peratus ketika ia diperkenalkan pada 2009. Katanya, kejayaan HSNZ dalam menghasilkan bayi tabung uji sehingga tahap itu amat membanggakan memandangkan kebanyakan pusat perubatan pakar yang lebih lama dalam bidang itu hanya mencatat pencapaian 40 peratus.

Kaedah persenyawaan dalam tabung uji adalah dengan menyatukan benih ibu dan benih bapa dan kemudian dimasukkan semula ke dalam rahim ibu. Anggaran kos ivf lebih rendah sekitar RM3,000 hingga RM5,000 berbanding hospital swasta antara RM15,000 hingga RM250,000. Proses bayi tabung atau tahap yang harus dilakukan untuk program IVT atau bayi tabung adalah:

kesepakatan pasangan suami isteri dan siap dalam menjalani berbagai macam ujian.
Menjaga kesihatan tubuh sehingga keseimbangan hormon akan stabil.

Stimulasi atau rangsangan sel telur, hal ini akan membantu dari banyaknya sel telur mana yang akan dipilh untuk dijadikan embrio biasanya satu atau lebih.
Pemantauan dari pertumbuhan folikel (folikel merupakan cairan yang sel telur dari indung telur dan melalui ultrasonografi tujuannya adalah apakah ada sel telur yang cukup matang untuk kemudian dilakukan inseminasi.

Mematangkan sel telur, penyuntikan ubat agar siap dipanen atau siap diinsemnasi.
Pengambilan sel sperma suami diambil dari hari yang sama. Jika memang tidak ada masalah maka pengambilan dilakukan melalui proses masturbasi dan jika terdapat masalah maka pengambilan dilakukan pada buah zakar melalui operasi.
Penunjang dari fase luteal dengan tujuan mempertahankan dinding rahim biasanya doktor akan memberikan ubat untuk mempertahankan dinding rahim.

Tahap terakhir adalah proses simpan beku embrio, jika ada embrio yang lebih maka akan disimpan untuk proses kehamilan selanjutnya ini bisa bertahan selama 30 tahun.

Masalah anovulasi

Anovulasi, 40% Punca Kepada Masalah Ketidaksuburan Wanita. Anovulasi adalah suatu keadaan dimana tiada proses ovulasi berlaku dalam diri seseorang wanita. Ovulasi adalah suatu proses dimana telur dibebaskan dari ovari.

Wanita yang normal akan mengalami ovulasi setiap kitar haid, kecuali bagi wanita hamil. Proses ovulasi ini mesti berlaku untuk mencapai kehamilan. Jika proses ovulasi tidak teratur iaitu kadang-kadang berlaku kadang-kadang tidak, maka ia dikenali sebagai Oligovulasi.Sesuatu kitar haid yang mana tidak berlaku proses ovulasi pada kitar tersebut adalah dikenali dengan nama ’Kitar Anovulasi. Kedua-dua proses Anovulasi atau Oligovulasi adalah antara jenis-jenis Gangguan Ovulasi yang menjadi punca kepada masalah ketidaksuburan. Tahukah anda bahawa gangguan ovulasi ini adalah punca kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan dikalangan wanita.

Apakah Simptom-simptom bagi Anovulasi atau masalah gangguan ovulasi?

Pada kebiasaanya, wanita yang mengalami Anovulasi akan mengalami kitar haid tidak teratur. Boleh jadi juga seseorang itu tidak akan langsung didatangi haid. Jika kitar haid anda kurang daripada 21 hari ataupun lebih dari 36 hari, ini berkemungkinan berpunca dari masalah Gangguan Ovulasi.

Juga, jika kitar haid anda termasuk dalam tempoh normal iaitu dalam lingkungan 21 hingga 36 hari, tetapi jarak kitar haid anda sangat berbeza dari bulan-ke bulan, ia mungkin juga petanda kepada masalah gangguan ovulasi. Tak faham? Ok, contohnya pada bulan ini, kitar haid anda adalah 22 hari, tetapi pada bulan berikutnya adalah 35 hari. Walaupun 22 hari dan 35 hari termasuk dalam ’normal range’, tetapi oleh kerana jaraknya sangat berbeza, ia juga boleh jadi sebagai satu petanda masalah gangguan ovulasi. Sebenarnya terdapat juga kemungkinan bahawa anda juga mengalami masalah gangguan ovulasi walaupun kitar haid anda normal. Tetapi keadaan jarang-jarang berlaku.

Bagaimana Anovulasi dan Gangguan Ovulasi boleh menyebabkan Ketidaksuburan?

Dalam keadaan normal, peluang kehamilan adalah 25% bagi setiap kitar haid. Jadi, walaupun proses ovulasi berlaku sepertu biasa, seseorang itu tidak dijamin akan hamil. Bila seseorang itu mengalami masalah Anovulasi, dengan izin Allah swt, beliau langsung tidak berpeluang untuk hamil sebab tidak ada telur untuk disenyawakan. Jika seseorang wanita itu mengalami proses ovulasi yang tak tetap iaitu Oligovulasi, peluang kehamilan akan semakin berkurangan kerana proses ovulasi jarang berlaku.

Anda perlu ingat bahawa kitar haid tidak teratur juga menunjukkan bahawa terdapat ketidakstabilan hormon dalam badan seseorang. Masalah hormon yang tak stabil ini juga boleh membawa kepada masalah-masalah lain antaranya kualiti mukus serviks yang rendah, penurunan aras progesteron dan fasa luteal yang singkat.

Leave a Reply

%d bloggers like this: