Recover Dari Demam Dengan Cepat Asbab Vitamin Shaklee

Recover Dari Demam Dengan Cepat Asbab Vitamin Shaklee

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE-6

TESTIMONI 15 : Shima Zainal

Kali ini, Shima nak share testimoni dari anak Shima sendiri, iaitu Muhammad Syafi Aisy. Aisy dilahirkan pada 28 Februari 2015. Di awal kelahirannya, Aisy dijangkiti sakit mata, dimana mata nya bertahi dan penuh keliling mata. Gara-gara berjangkit dari ummi dan neneknya waktu itu. Seminggu Aisy dimasukkan ke wad untuk menerima antibiotic selama 5 hari. Mungkin kerana itu, sistem imunisasi badan Aisy agak lemah.

Aisy mudah sangat dijangkiti selsema, demam. Kalau travel ke mana-mana, perjalanan jauh dan memenatkan, balik tu Aisy akan demam, selsema.

Sehingga ke satu masa, Dec 2017, Aisy dimasukkan ke wad buat kedua kalinya kerana deman on and off pada suhu yang agak tinggi. Walaupun dah ambil antibiotic Augmentin, demamnya masih ada.

Hasil dari ujian, Aisy disahkan mengalami Mycoplasma Pneumonia.

Mycoplasma ni adalah seperti bakteria lain yang kecil je saiz nya. Bezanya, mycoplasma ni tak ada dinding sel. Antibiotic ni membunuh bakteria dengan cara melemahkan dinding sel. Tapi oleh kerana mycoplasma ni tak ada dinding sel tu, maka tak semua antibiotic berkesan untuk membunuhnya.

Mycoplasma Pneumonia boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru. Ia juga dikenali sebagai “walking pneumonia”. Bakteria ini begitu senang menjangkit.

3 hari Aisy dimasukkan ke wad. Aisy diberi antibiotic yang lebih kuat melalui suntikan.

Pulang dari wad, Aisy masih selsema. Lantas, kami dirujuk ke pakar ENT. Sekali lagi, perlu ambil x-ray di bahagian hidungnya. Dari x-ray tersebut, didapati, adenoid Aisy membengkak, dan ini menyukarkan Aisy untuk bernafas, hidung tersumbat. Ada beberapa jenis ubat doktor berikan untuk Aisy. Selama hampir sebulan Aisy makan ubat, disamping Omega Guard. Doktor sarankan Aisy buat pembedahan tapi not urgent, tapi kami merasakan Aisy masih kecil untuk melalui prosedur itu. Jadi, kami menolak dahulu.

Alhamdulillah, Aisy bertambah sihat dan tidak mengalami selsema.

Namun setahun kemudian (2018), Aisy dimasukkan sekali lagi ke wad. Kali ni disebabkan oleh influenza B dan ada juga Mycoplasma Pneumonia. Selama 4 hari Aisy di dalam wad. Bila dah discharge, next follow up, Aisy disuntik dengan vaksin influenza.

Balik dari itu, Shima nekad. tahun depan, Aisy tidak akan masuk wad lagi. Jadi, Shima belikan Aisy Chewable-C Plus pula. Setiap hari paksa Aisy makan. Mulanya Aisy tak nak hisap, sebab agak masam. Shima ajar dia untuk gigit sikit dan kunyah. Alhamdulillah, Aisy boleh terima dan consistent makan setiap hari. Neneknya pun selalu ingatkan Aisy untuk makan Chewable-C Plus. Kadang tu suruh dia kunyah Omega Guard juga (ni favorite Aisy).

Pernah beberapa kali Aisy demam, tapi Alhamdulillah, Aisy cepat sangat recover. Bila Aisy demam, saya suruh Aisy makan 2,3 biji sehari. Supaya sistem antibodi Aisy dapat melawan jangkitan kuman tu.

Neneknya (Mak Shima) pun akui, sejak Aisy consistent makan Chewable-C Plus ni, Aisy cepat recover. 1-2 hari, lepas tu ok. Boleh ke Tadika macam biasa. Aisy pun sentiasa aktif.

Alhamdulillah, syukur sangat.

Asbab Chewable-C Plus dan Omega Guard, Aisy bertambah sihat dan cepat recover dari demam, selsema, batuk. Mudahan Aisy membesar menjadi anak soleh, dan sihat walafiat, terhindar dari penyakit berbahaya. Aameen.

Doakan Aisy sentiasa sihat ya.

#supermomshakleestory
#ht3s8

2 thoughts on “Recover Dari Demam Dengan Cepat Asbab Vitamin Shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat