RISIKO KANSER – Kita Semua Terdedah Mendapat Barah

RISIKO KANSER – Kita Semua Terdedah Mendapat Barah

Tahukan anda bahawa Statistik 2007 yang dijalankan di Malaysia menunjukkan kanser adalah penyebab kematian dalam hospital kerajaan yang ketiga terbesar selepas masalah jantung dan jangkitan kuman. Kita  semua terdedah kepada risiko kanser.

RISIKO KANSER

Lebih ramai wanita Malaysia menghidap kanser berbanding lelaki, di mana kanser payudara adalah yang tertinggi dalam kalangan mereka.  Bagi lelaki pula, jenis utama ialah kanser paru-paru. Kanser kedua terbesar ialah kanser usus bagi lelaki dan wanita, manakala leukimia atau kanser darah pula adalah paling ramai dihidapi kanak-kanak.

Takutkan, membaca statistik yang dijalankan di Malaysia, ini bermakna walaupun ada sihat, tapi anda tetap berisiko untuk mendapat penyakit ini sama ada diwarisi secara genatik ataupun disebabkan oleh gaya hidup anda kurang sihat, dimana kurang menjaga cara pemakanan & bersenam.

Penyakit kanser adalah penyumbang jumlah kemaatian ke 3 terbanyak di Hospital Awam, cuba bayangkan sekarang berapa banyak orang yang sedang berjuang habis-habisan melawan penyakit kanser yang sedang dihadapinya.

Selain itu hampir 200 jenis kanser berisiko untuk dihadapi oleh manusia. Simptom untuk kanser itu boleh dikategorikan kepada dua jenis, sama ada simptom akibat kesan setempat atau simptom umum. Simptom untuk kesan setempat bergantung pada lokasi sel kanser. Contohnya bengkak, sakit atau perubahan pada kulit yang melapisi kawasan kanser itu seperti kanser payudara. Bagi kanser usus pula, susah membuang air besar atau cirit-birit yang berlaku berulang kali atau najis mengandungi tompokan darah. Bagi kanser paru-paru pula ialah batuk berpanjangan atau susah bernafas.

FAKTOR MENDAPAT RISIKO KANSER

Di sini juga saya ingin berkongsi sebab atau faktor yang boleh menyebabkan kita semua berisiko mendapat penyakit kanser.

  1. Kebanyakannya akibat persekitaran atau cara hidup tidak sihat yang mengakibatkan ‘kecederaan’ berlaku pada sel tisu normal yang akhirnya menyebabkan berlaku mutasi.
  2. Pengambilan bahan kimia seperti minuman keras, merokok atau pil terlarang. Pendedahan kepada asbestos dan radiasi menyumbang kepada pembentukan kanser. Gaya hidup yang gemar bertukar-tukar pasangan juga penyebab kanser, terutama kanser serviks.
  3. Pengambilan makanan yang salah seperti kurang pengambilan fiber dan sayur-sayuran, selain pengambilan makanan berminyak yang menyumbang kepada obesiti juga mendedahkan diri untuk mendapat kanser.
  4. Faktor genetik juga tidak boleh dielakkan. Ia menyumbang kepada kurang daripada 10 peratus kes kanser secara umum. Beberapa jenis kanser dapat dikenal pasti pada peringkat awal dengan menjalankan ujian saringan. Semua wanita perlu belajar cara atau teknik pemeriksaan payudara sendiri supaya bengkak atau simptom awal dapat dikesan.

BAGAIMANA SEL KANSER TERJADI

Basically,.. Sebenarnya, sel kita ni akan mengalami pembahagian sel. Menghasilkan sel baru bagi menggantikan sel yang rosak atau tua. Kalau istilah kita ni, macam mati. sel akan mati,semua jenis sel. Sel ada banyak kan..sel darah, sel tulang, sel saraf, sel otot dan sebagainya. Jadi, bila sel-sel lama mati, badan kita akan hasilkan sel-sel baru melalui proses pembahagian sel. Amazing kan badan kita ni.. Sel yang mati, ada dua kategori.

  1. mati secara semulajadi bila dah cukup usia atau bila dah rosak. ini dipanggil APOPTASIS. proses kematian sel secara semulajadi mengikut fitrah.
  2. sel mati sebelum waktu. uiii, sel pon boleh mati sebelum ajalnya tau. Sel yang mati akibat dibunuh oleh faktor luaran seperti toksik, bahan kimia, radikal bebas, radiasi, trauma dan kecederaan. Ini dipanggil sebagai NECROSIS.

LUMRAH PESAKIT RISIKO KANSER

Lumrah juga, bila sesuatu itu berlaku dalam keadaan tidak mengikut fiitrah, maka ketidakseimbangan akan berlaku. Dalam erti kata lain, akan berlakulah macam-macam akibat yang kurang menyeronokkan. Sama juga sel. Bila sel mati secara semulajadi, Alhamdulillah. o.k.. tapi bila tak semulajadi, then,ia boleh menyebabkan inflamasi atau radang di kawasan sel yang mati.

Contohnya, kaki pesakit diabetes. nampak hitam. Itu maksudnya, sel epidermis pada kulit itu dah alami kematian secara tak normal. contoh lagi? Sel pada jantung yang tak cukup oksigen. boleh sebabkan salur darah ke jantung tersumbat dan sel jantung boleh alami juga proses kematian sel secara abnormal (tidak normal). Tu yang sakit jantung jadi pwmbunuh no 1 sekarang ni..

Macam mana cara nak pulihkan sel yang mati secara abnormal ni? Bila sel Dna Rosak, ia boleh mengesan dan cuba baiki diri sendiri. Bila tak dapat baiki, ia automatik akan cuba untuk mati sendiri secara semulajadi. (apoptosis). Sel kita bijak tau..

yang jadi masalah, bila sel alami kerosakan Dna, tak boleh nak baiki.. tapi tak boleh nak declare as mati sendiri, ia akan buat onar. Ia akan membiak dan sel rosak yang membiak inilah yang akan jadi sel kanser.. Huhuhuhuhu..

sumber R.U Adyani, sobriyaacob

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat