Risiko SAWAN Kerana Produk Mengangungi CAMPHOR ?

Risiko SAWAN Kerana Produk Mengangungi CAMPHOR ?

[AWAS] Produk mengandungi CAMPHOR adalah DILARANG untuk kanak-kanak bawah 2 tahun.

Camphor di hasilkan dari sejenis kayu pohon Camphor .
Kini, ianya dihasilkan secara kimia menggunakan minyak turpentine.
Antara produk yang menggukan produk ini sebagai bahan asas adalah produk seperti Vicks VapoRub, Mopiko, minyak cap kapak dan lain lain.

Kegunaan

Produk Camphor boleh disapu pada kulit (aplikasi topikal) atau dihidu.
Sapuan produk yang mengandungi Camphor di gunakan untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan gatal-gatal. Ia juga telah digunakan untuk merawat jangkitan kulat kuku, ketuat, luka sejuk, buasir, dan osteoartritis.

Adalah penting untuk tidak memakai camphor untuk kulit pecah, kerana ia boleh memasuki badan dengan cepat dan mencapai kepekatan yang cukup tinggi lalu menyebabkan keracunan.

Sesetengah orang menggunakan camphor untuk merawat penyakit saluran pernafasan dan mengurangkan gejala batuk dan selsema.

——————————————————————–
Bagaimanakah ia berfungsi?

Camphor berfungsi dengan merangsang saraf yang melegakan gejala seperti rasa sakit dan gatal apabila digunakan pada kulit.

——————————————————————–
Keselamatan Produk

Camphor adalah selamat di gunakan untuk kebanyakan orang dewasa apabila digunakan pada kulit dalam krim atau losyen dalam kepekatan yang rendah.

Camphor boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan kecil seperti kemerahan dan kerengsaan kulit.

Pengguna di sarankan untuk tidak menggunakan produk camphor atau produk yang mengandungi lebih daripada 11% camphor.

Camphor juga SELAMAT untuk kebanyakan orang dewasa apabila dihirup sebagai wap dalam jumlah kecil sebagai sebahagian daripada aromaterapi.

JANGAN panaskan produk yang mengandungi bahan camphor (Vicks VapoRub, BenGay, Heet, banyak lagi) dalam microwave.

Produk ini boleh meletup dan menyebabkan luka terbakar yang teruk.

Produk-produk yang mengandungi camphor adalah tidak sesuai di gunakan apabila digunakan untuk kulit pecah atau cedera. Camphor mudah diserap melalui kulit pecah dan boleh mencapai tahap toksik dalam badan.

————————————————————-
Langkah berjaga-jaga & amaran khas:

Kehamilan dan menyusu:

Mengambil camphor melalui mulut (makan) adalah TIDAK SELAMAT semasa mengandung atau menyusu. Keselamatan penggunaan produk mengandungi camphor kepada kulit semasa mengandung atau menyusu tidak diketahui.

Kanak-kanak:

Camphor adalah KURANG SESUAI digunakan pada kanak-kanak apabila digunakan untuk kulit. Kanak-kanak cenderung menjadi lebih sensitif terhadap kesan sampingan.

Camphor pastinya TIDAK SELAMAT untuk di makan.

Sawan, kekejangan dan kematian boleh berlaku jika produk ini dimakan. Simpan barang-barang yang mengandungi camphor dari kanak-kanak.

Menurut kajian oleh penyelidik di Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva. Kanak-kanak sangat terdedah kepada kesan toksik camphor, yang mudah diserap melalui kulit dan membran mukus. Ia boleh menyebabkan risiko SAWAN terutama kepada kanak kanak berusia kurang dari 2 tahun.

FDA telah menetapkan peraturan agar produk yang mengandungi bahan Camphor dilabel dengan betul.

Label larangan dan amaran kepada kanak kanak berusia kurang 2 tahun wajar di letakkan di luar produk agar ibu bapa tidak menggunakan produk tersebut kepada bayi dan kanak kanak kurang dari 2 tahun

Kredit grafik @ubatohubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.