DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Roti Bukan Penyebab Kegemukan Dunia

Roti Bukan Penyebab Kegemukan Dunia

Roti, makanan ruji di kebanyakkan negara di sebelah barat dan cerita asal usul Empayar terhebat dunia.

Orang bijak pandai otak bergeliga di tanah Arab zaman purba (tamadun Mesopotamia dan Mesir kuno) telah menemui cara untuk menyimpan makanan dan boleh dimakan bila bila masa, tanaman rerumput terutamanya Gandum ditanam secara meluas dan bijirin boleh simpan lama, tak perlu pergi memburu binatang dan kumpul buah buahan yg tumbuh meliar. Sebelum ini kena bersusah payah pergi memburu setiap hari untuk dapatkan bekalan makanan dan tak tahan lama simpanan daging mentah.

Manusia mula bertambah bilangannya dimuka bumi sehingga ke hari ini kerana dengan adanya sumber makanan yg berasaskan karbohidrat yg boleh ditanam, simpan lama dan berkhasiat tinggi. Tanaman rerumput seperti Padi, Gandum, Hop, Barli, Jagung, kacang soya dan banyak lagi.

Masalah kegemukan masa kini, zaman moden, ramai dikalangan kita yg Gemuk Gedempol, gempal, orang muda bujang lapok badan sama macam Duda anak tiga, anak dara dari belakang badan besar sebijik sama dengan Mak Janda anak lima.

Malahan di seluruh dunia, masalah kegemukan menjadi satu isu yg sangat serius, produktiviti terhad, Terutamanya di Amerika Syarikat, negara terkaya didunia dan menguasai media popular, dalam sejarah dunia moden Pra perang Teluk, Orang Amerika banyak sekali timbul dengan cara kurus badan, lemak dipersalahkan, kononnya lemak dalam makanan harian yg menggemukkan Rakyat Amerika, mulalah kempen low fat yg dipelopori oleh industri pemakanan gergasi Amerika.

Makanan yg berasaskan Karbohidrat seperti Roti, nasi, mee, Spagetti dan lain lain dipersalahkan jugak, mulalah pelbagai jenis Fad Diet diperkenalkan disana dan kemudian disebahkan ke seluruh dunia , cara berdiet seperti Atkins diet, Keto Diet, GM diet dan banyak lagi.

Kebanyakkan jenis cara berdiet pada masa kini, zaman moden internet sepantas kilat menyalurkan informasi terkini adalah berdasarkan kajian pada zaman batu, jutaan tahun Pra sejarah, orang kuno, nenek moyang kita sering berlaparan kerana tiada peti ais, makanan dalam tin, bijirin yg boleh simpan lama, saban hari kena pergi memburu cari makan, oleh itu ada segelintir yg bijak pandai beranggapan, kalau kita makan daging aja (protein) masalah kegemukan dan penyakit tiga serangkai akan dapat dikurangkan. Karbohidrat menjadi pesalah dalam kes kajian tersebut.
Orang mula beranggapan makan nasi, roti dan Mee, menggemukkan mereka, padahal tahun 70 dan 80an,orang Malaysia rata ratanya kurus belaka dan sekarang pulak orang gemuk senang senang boleh kita nampak dimana jua.

Intermittent Fasting, Warrior Diet, OMAD, zaman kuno, manusia kena pergi memburu, adakala binatang terlepas dan pemburu terpaksa berlaparan sehingga keesokkan harinya, mula terbit idea para cerdik orang Amerika, umat manusia dah biasa berlaparan dan boleh bantu kita kurus badan jika kita berlaparan selalu.

Akan tetapi masalah kegemukan masih lagi berlanjutan malahan bertambah kronik dimana mana negara seluruh dunia.

Lebih tips diet Follow Facebook Abam Sado Ayan Leo

Leave a Reply

%d bloggers like this: