RUAM – Cara Atasi Masalah Kulit Sensitif Anak Kecil

ruam

Baby kerap menangis kerana pedih, tak selesa kerana ruam lampin. Kesian kan. Ibu bapa juga boleh jadi stress bila anak anak kerap meragam. Pemilihan lampin pakai buang yang betul , sesuai dengan kulit bayi sangat la penting. Begitu juga dengan ruam pipi bayi yang selelau terjadi terutama bayi yang menyusu susu ibu. Ramai yang gelar sebagai ruam susu. Produk shaklee yang terbaik untuk masalah ruam bayi ini adalah Herbal Blend.

RUAM SUSU

Ruam susu biasanya terjadi akibat kulit sensitif bayi terkena protein dalam susu (biasanya susu formula). Tapi ia juga boleh terjadi pada bayi yang hanya minum susu ibu.
Ianya bukan disebabkan alahan terhadap susu ibu; tidak logik seorang bayi boleh alergik kepada susu ibu kerana itu adalah makanan dan minuman terbaik yang Tuhan jadikan untuknya.
Apabila ruam susu terjadi kepada bayi yang fully breastfeeding, ada kemungkinan bayi tersebut alahan terhadap protein daripada makanan yang diambil oleh si ibu, jadi ibu harus hati-hati memilih jenis makanan.

RUAM LAMPIN

Bila anak lahir semuanya bersih, comel. Kulit baby yang baru lahir juga gebu, lembut dan memang geram dengan kelembutan kulit mereka. Oleh kerana itu, kulit baby sangat sensitif terutama pada penggunaan lampin pakai buang yang terlalu lama atau tidak sesuai

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

APA YANG MENYEBABKAN RUAM LAMPIN ?

  1. Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
  2. Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
  3. Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
  4. Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

MACAM MANA TAHU BAYI TERKENA RUAM LAMPIN ?

Antara gejala-gejala yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah:

  1. Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
  2. Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

APAKAH CARA HILANGKAN RUAM LAMPIN BAYI?

Petua penjagaan bayi yang terkena Ruam Lampin adaalah seperti berikut:

1. Pastikan bayi dalam keadaan kering

Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

2. Tukar lampin dengan kerap

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .

3. Cuci dengan air

Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).

4. Guna ubat saranan doktor

Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyak kastor).

5. Kurangkan penggunaan sabun

Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

6. Elakkan bedak talkum

Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum merbahaya pada paru-paru dan boleh mengganggu pernafasan bayi. Kalau mahu guna juga, gunakan bedak talkum yang diperbuat dari ‘cornstarch’. Biarkan kawasan tersebut kering sentiasa.

7. Longgarkan lampin

Pastikan bayi dalam keadaan selesa. Jangan pakaikan lampin ketat-ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

8. Jangan basuh ‘cloth diaper’ dengan sabun pencuci

Ini untuk pengguna ‘cloth diaper’ sahaja. Elakkan guna sabun yang berbau wangi dan juga pelembut pakaian. Ini kerana bahan kimia akan bertindak dengan kulit bayi yang sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

9. Minta probiotik atas saranan doktor

Apabila anak anda tidak perlu mengambil antibiotik, tanya doktor tentang memberi beliau probiotik juga. Probiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus, yang boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam lampin.

10. ‘Breastfeeding’ / Susukan bayi

‘Breastfeeding’? Nampak tidak relevan bukan? Jangan salah faham. Menyusu anak anda selama yang anda boleh. Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum dan menjadikan dia kurang mungkin memerlukan antibiotik, yang boleh menyumbang kepada ruam lampin.

HERBAL BLEND – KRIM SERBA GUNA

Krim Untuk Ruam Pipi & Ruam Lampin Baby . Pemilihan krim untuk ruam sangat la penting. Krim yang mengandungi bahan kimia secara tidak langsung akan membuatkan ruam menjadi lebih teruk. Kulit babyi yang lembut akan menjadi kasar, kering,gatal. Bila gatal , kering, bayi akan merasa tidak selesa
Krim ini yang 100% dari tumbuhan, 100% tiada bahan kimia yang merosakkan kulit bayi dan ruam pipi

herbal blend

Apa Kelebihan Krim Herbal Blend ini ?

  1. Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah
  2. Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala
  3. Menghilangkan luka dan merawat eczema
  4. Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  5. Merawat kulit gatal
  6. Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  7. Losyen harian untuk kulit kering
  8. Krim urut badan lenguh
  9. Merawat kesan luka melecur
  10. Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
  11. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
  12. Ubat luka atau melecur
  13. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
  14. Menghilangkan parut
  15. Losyen harian
  16. Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
  17. Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
  18. Membuang selulit serta memecahkan lemak berlebihan.

Kandungan Utama Herbal Blend

  1. Yarrow – dipercayai sejak dari turun-terumun boleh memberhentikan luka dan merawat luka kecil. Sifatnya juga seolah-olah antiseptik yang boleh bertindak untuk menghalangjangkitan kuman dan radang.
  2. Daud sage – menghalang dan merawat jangkitan kuman. Mengandungi asid rosmarinic, phenolic yang memang terkenal sebagai anti radang yang kuat dengan membantu mempercepatkan pengecutan tisu-tisu yang bengkak, melegakan radang dan merawat luka. Sage juga sangat dikenali dengan sifatnya yang antikulat.
  3. Horse Chestnut Seed – mengandungi sebatian aescin yang bertindak sebagai anti radang dan mengurangkan edema. Edema ialah bengkak ataupun bengkak berair yang terjadi akibat trauma kesan dari kecederaan pada tisu badan. Horse Chestnut ini sangat popular di eropah dan digunakan secara meluas oleh atlet-atlet semasa temasya sukan.
  4. Daun rosemary – memang terkenal kan biasanya dalam masakan-masakan cara barat? Tahukah kita bahawa daun rosemary ini sebenarnya antiseptik yang kuat dan bertindak sebagai anti radang yang kuat. la juga antikulat dan boleh menyingkirkan jangkitan dan toksin. Rosemary juga boleh membantu perjalanan darah yang baik dan antiseptik yang baik untuk membalk pulih luka dan kulit

TESTIMONIAL RUAM LAMPIN

TESTIMONIAL RUAM PIPI

ruam lampin

pipi cantik

pipi bersih

testimonial herbal blend

kulit bayi cantik

TESTIMONIAL – KISAH PIPI ARIANA MARYAM

ulu eczema di pipi Maryam teruk sangat. Ada masa kering, pernah bernanah dan luka. Kesian dia. selalu garu garu. Nak pakai cream biasa tapi ada bahan kimia lagi teruk pipi dia. Lagi 1 takut kena tangan dia & dia masuk dalam mulut. Tekad guna Herbal Blend cream. Yakin sebab bahan dia rosemary, jagung..

Memang ambil masa lama. Kena sabar la kan.. Ramai parents tak sabar. sapu hari ni esok hilang. Berbulan bulan jugak Ainul konsistent sapu pada Maryam dan hasilnya Alhamdulillah ramai yang tegur pipi Maryam dah comel, tiada lagi merah merah. Kini Maryam sudah 3 tahun. Tiada lagi Pipi Merah yang pedih, kering, sakit..

pipi cantik

CARA ORDER HERBAL BLEND SHAKLEE

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Ainul Mustafa  013-3612717

atau klik icon di bawan ini.

herbal blend shaklee

ATAU

daftar ahli shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

drmamababy, babycenter

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu