SAKIT BELAKANG – Betul Ke Merokok Boleh Jejaskan Tulang Belakang ?

SAKIT BELAKANG – Betul Ke Merokok Boleh Jejaskan Tulang Belakang ?

Pakar berpendapat sakit belakang berpunca daripada cara tulang, otot, ligamen, sendi dan saraf daripada bahagian belakang badan bekerja. Penjagaan bahagian belakang yang ditegakkan oleh tulang belakang (spine) ialah bahagian terpenting yang menghubungkan kepala dan kaki. Selain turut menyokong organ dan sistem penting dalam tubuh seperti jantung, hati, perut, buah pinggang dan saraf tunjang.

Tips Elak Sakit Belakang

1) Postur berdiri

Elakkan berdiri dalam masa yang lama. Jika perlu berdiri lama semasa kerja, disyorkan berjalan sebentar selepas beberapa ketika atau dapatkan bangku untuk bertukar-tukar merehatkan salah satu kaki.

2) Postur duduk

Semasa duduk pasrtikan lutut yang dibengkokkan, bukannya belakang dan kaki selari dengan lantai. Elakkan membongkok, bertongkat atau tidur di meja. Seboleh-bolehnya guna kerusi yang mempunyai sandaran tangan (arm rest). Bangun dan tukar posisi setiap beberapa minit terutamanya semasa menaipatau lama memandu.

3) Posisi tidur

Lebih baik tidur di sebelah sisi (kanan atau kiri) untuk mengekalkan tulang belakang yang lurus. Sunnah Nabi menyukai tidur dengan mengiring ke sebelah kanan. Dapatkan tilam yang sedikit keras, tidak terlalu lembut sehinggakan belakang melengkung sepanjang masa.

4) Angkat barang

Bengkokkan lutut, bukannya belakang jika mengangkat barang. Angkat dan bawa barang dekat kepada badan. Berdiri tegak, jangan bongkok dan berpusing pada masa sama. Gunakan beg galas belakang berbanding beg galas sisi jika membawa barang.

5) Bersenam

Senaman seperti regangan, berjalan, berenang dan berbasikal amat baik untuk menguatkan otot belakang yang menyokong tulang belakang. Senaman yang betul boleh menghilangkan sakit belakang bagi penghidapnya.

6) Kurangkan berat badan

Berat yang dikurangkan mengurangkan bebanan kepada tulang belakang. Kajian menunjukkan majoriti penghidap sakit belakang dapat menghindarkan masalah ini selepas mengurangkan sekurang-kurangnya 10% daripada berat badan semasa.

7) Jangan merokok

Kajian mendapati perokok mempunyai risiko 80% lebih tinggi untuk mengalami sakit belakang akibat kemorosotan tulang belakang. Jika ditambah dengan masalah kolestrol tinggi, maka lebih berisiko mengalami lumbar spondylosis. Kcederaan ini berlaku kerana rokok dan kolestrol mengurangkan aliran darah ke tulang dan otot belakang.

sumber: susulobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat