SAKIT KEPALA AWAL PUASA ? Cuba Baca Fasa Puasa Ini

SAKIT KEPALA AWAL PUASA ? Cuba Baca Fasa Puasa Ini

Alhamdulillah, hari ni nak share sikit pasal perubahan badan kita bila masuk ramadhan nih, jangan tak tahu pulak, kalau korang rasa tetiba masa ramadhan sakit kepala, selsema, sakit perut, sakit itu ini, maknanya korang mengalami perubahan drastik, ikut beberapa fasa. boleh baca tips di bawah ini pasal sakit kepala awal puasa.

Sakit Kepala Awal Puasa ?

Fasa 1 – Hari 1-2 
Gula dalam badan menurun. Jantung berdegup perlahan. Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah. Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 – Hari 3-7
Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa. Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak. Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa. Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 – Hari 8-15
Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan. Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini. Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 – Hari 16-30
Badan mula selesa dengan puasa. Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

Sunnah Puasa Cara Rasulullah

Mengikut Sunnah, adalah digalakkan mengambil 3 biji buah kurma sebagai makanan pertama sewaktu berbuka puasa. Kurma bukan sahaja kaya dengan tenaga, tetapi juga mengandungi serat, vitamin dan mineral. Kemudian diikuti dengan ½ cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil 1 mangkuk kecil sup sayur berserta dengan 1 atau 2 keping roti. Pengambilan makanan ini dalam kuantiti yang betul boleh mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras normal.

Walau bagaimanapun, hadkan pengambilan makanan yang manis seperti kuih-muih manis, kek dan air manis dalam kuantiti yang berlebihan sewaktu berbuka puasa. Pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula secara berlebihan, boleh mengakibatkan peningkatan berat badan walaupun di bulan puasa. Nak lebih best, kena makan sekali vitamin shaklee time sahur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.