DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Sakit Perut Semasa Ramadhan

Sakit Perut Semasa Ramadhan

Sakit Perut Semasa Ramadhan. Semasa bulan Ramadan, pernahkah kita merasa sakit sehingga mengganggu ibadah puasa kita? Selalunya, sakit-sakit ini kerap kita hadapi kerana dipengaruhi oleh perubahan dalam corak pemakanan kita.

5 PUNCA SAKIT PERUT SEMASA BULAN RAMADHAN

Ada lima penyakit yang sering berlaku dalam kehidupan kita pada bulan Ramadan. Berikut adalah perkongsiannya.

1. Tidak cukup minum air atau dehidrasi

Walaupun ia memang boleh dijangka, terdapat segelintir individu yang akan mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk. Ini terutamanya bagi mereka yang bekerja berat ketika sedang berpuasa. Badan manusia terdiri daripada 75% air yang memenuhi ruangan sel.

Apabila terdapat lebih banyak air yang tersejat keluar berbanding dengan air yang masuk, anda akan mengalami dehidrasi. Oleh sebab itu, amat penting bagi setiap individu yang berpuasa untuk mengambil air pada corak yang berpatutan.

Saranan masih pada 8 gelas sehari namun bahagikan waktu selepas berbuka sehingga sahur. Kurangkan daripada membuat kerja berat untuk elak mendapat penyakit dehidrasi bulan puasa. Jika anda masih perlu melakukan kerja berat, bergantung kepada simptom, anda perlu tentukan jika perlu berbuka ataupun tidak.

Walaupun jarang berlaku dehidrasi teruk hanya kerana berpuasa, tapi faktor persekitaran membuatkan ia tidak mustahil untuk berlaku.

2. Gula dalam darah rendah

Sama seperti dehidrasi, oleh sebab mereka yang berpuasa tidak mengambil sebarang makanan dan minuman, jadi paras gula di dalam darah kebiasaannya lebih rendah daripada biasa.

Walau bagaimanapun, penyakit bulan puasa ini lebih lazim berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kencing manis terutamanya bagi yang mengambil rawatan insulin.

Antara simptom yang boleh dialami oleh:

Pening kepala
Rasa lapar yang teramat
Kekeliruan
Perpeluhan
Menggeletar
Penglihatan kabur
Perubahan personaliti

Bagi mereka yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, perkara ini tidak merisaukan.
Apabila gula di dalam badan rendah, insulin juga akan kurang dirembeskan. Ini membuatkan badan akan menggunakan stok bekalan lemak. Apa yang anda perlu tahu berkaitan dengan penggunaan lemak, enzimnya sangat sensitif dengan insulin.

Jika terdapat insulin, ia tidak akan bekerja. Maka, pesakit kencing manis yang tidak mengawal pengambilan insulin boleh mempunyai tahap insulin yang tinggi. Ia merupakan salah satu penyakit bulan puasa yang kerap berlaku pada populasi tersebut.

Badan tidak boleh menggunakan lemak sebagai tenaga berikutan paras insulin yang tinggi. Perkara ini menyebabkan simptom seperti yang dinyatakan.

3. Keracunan makanan

Mungkin ia bukan keracunan makanan, namun gejala cirit-birit kerap berlaku dalam bulan puasa. Ia berikutan pengambilan makanan berlebihan ketika berbuka puasa.

Tidak dinafikan bahawa pada bulan ini, kadar pembelian makanan dari luar meningkat terutamanya bagi pasangan suami isteri yang bekerja. Pembelian makanan di kedai yang terletak di persekitaran kotor meningkatkan risiko masalah keracunan makanan.

Selain itu, pengambilan makanan pedas juga punca kepada penyakit bulan puasa ini. Oleh itu, anda perlu menjaga kebersihan sebaiknya. Amalkan tabiat basuh tangan sebelum dan selepas menguruskan makanan.

Lebih baik jika anda boleh meluangkan masa untuk memasak sendiri. Namun, jika tidak boleh, pastikan anda mencari makanan di lokaliti yang bersih.

4. Sakit kepala

Ia bukanlah satu penyakit namun gejala ini kerap berlaku kepada setiap individu yang berpuasa. Setiap individu mempunyai daya ketahanan tubuh yang berbeza bergantung kepada faktor tertentu.

Mereka yang berpuasa tanpa bersahur lebih cenderung untuk mengalami masalah sakit kepala memandangkan mereka tidak mengambil air yang cukup.

Begitu juga umat Islam yang menetap di negara luar. Terdapat negara yang mempunyai waktu berpuasa melebihi 16 jam berikutan waktu siang yang panjang.

Bayangkan jika anda menetap di Iceland dan Norway. Anda perlu berpuasa selama 20 hingga 21 jam! Ia bukanlah satu perkara yang mudah dan penyakit bulan puasa ini mudah berlaku kepada umat di negara tersebut.

Namun, perlu diingatkan, pening kepala tidak semestinya berpunca daripada kurang pengambilan makanan dan minuman. Ia juga boleh berlaku jika tabiat tidur anda tidak terjaga.

5. Sakit perut

Sakit perut pada bulan Ramadan sering berlaku berikutan kebanyakan individu mempunyai konsep pemakanan yang salah apabila tiba waktu berbuka. Bayangkan jika anda makan lebih daripada apa yang perut anda boleh tampung pada satu masa.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan simptom sakit perut, malah pedih ulu hati yang boleh berlaku akibat penyakit refluks gastroesofagus.

Perkara ini lazim berlaku kepada mereka yang baring sejurus selepas makan. Untuk elak daripada mengalami simptom sakit perut, tabiat makan merupakan kunci utama. Anda perlu bersahur bagi mengelakkan masalah gastrik dan makan secara besederhana ketika berbuka.

Konklusi

Jika anda ingin menjaga tahap kesihatan sepanjang bulan Ramadan, anda perlu lebih peka dengan apa yang dimakan. Pemakanan merupakan kunci utama kepada tahap kesihatan individu.

Amalan berpuasa mempunyai pelbagai jenis kebaikan kesihatan. Oleh itu, jangan sia-siakannya dengan kerakusan anda untuk makan banyak sewaktu berbuka.

SAKIT PERUT BERPUASA, BAGAIMANA NAK ELAK?

Di bulan Ramadan ini ramai ke klinik saya mengadu simptom-simptom, pedih hulu hati, kejang perut, kerap bersendawa (masam), loya dan muntah, serta rasa panas di dada (heartburn).
Ini adalah tanda-tanda dyspepsia. Dyspepsia adalah kondisi pencernaan terjejas. Ada beberapa punca berlaku dyspepsia, antaranya; gastritis, peptic ulcer disease, atau gastroesophageal reflux disease (GERD).
Simptom dyspepsia ni secara umum mudah berlaku ketika berpuasa kerana perut kita kosong, tetapi perut tetap merembeskan asid. Ada orang, perutnya sangat sensitif dengan asid ni.
Jadi apa nak buat jika kerap kena dyspepsia sepanjang berpuasa ni?
◾ELAKKAN
– merokok serta minum minuman keras
– minum kopi, teh, minuman berkarbonat
– makan juadah berempah, pedas dan berminyak
– ambil NSAID(ubat tahan sakit) berterusan
– makan terlalu banyak semasa berbuka
– baring atau tidur selepas berbuka/sahur
– makan terlalu hampir waktu tidur
◾AMALKAN
– berbuka awal(sejurus azan Maghrib)
– sahur lewat (bukan sebelum tidur)
– makan porsi kecil dan berulang
– sahur dengan makanan tinggi serat
– tidur yang mencukupi
– minum air kosong secukupnya
– bertenang(kurangkan stress)
◾BILA PERLU JUMPA DOKTOR?
1. Sakit perut yang sangat kuat. Doktor akan beri ubat kurangkan rembesan asid dan ubat sokongan yang lain.
2. Jika muntah, ada darah segar, atau berwarna merah kehitaman. Itu tanda pendarahan di perut.
3. Najis berwarna hitam legam. Juga tanda pendarahan di perut.
4. Perlu MC. Namun, doktor akan hanya beri jika anda benar-benar layak. Hehe.

Leave a Reply

%d bloggers like this: