DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Salah Faham Diet Tak Boleh Makan Nasi

Salah Faham Diet Tak Boleh Makan Nasi

Note: post asal dan tips adalah dicedok dari fb doktor2 bertauliah KKM. Dinasihatkan untuk follow doktor2 bertauliah dan jangan bagi petua merapu dalam group ini… DILARANG MENJUAL APA2 UBAT SUPPLEMENT! TIDAK BOLEH BERIKLAN DI DALAM GROUP INI!

Prinsip #sukusukuseparuh

Ramai yang mungkin tak membaca betul-betul posting saya sebelum ini dan artikel suratkhabar dari Singapura tersebut. Tapi kalau baca betul-betul, patutnya betul fahamannya.

Saya TIDAK suruh pun sesiapa ikut saya ambil nasi seminggu sekali.

Saya tidak suruh pun berhenti nasi terus.

Nasi sekali seminggu itu adalah pilihan saya. Sebab? Saya memang tidak suka makan nasi dan ya, pada pendapat saya, orang Malaysia memang makan nasi banyak sangat. Cuba anda duduk di mana-mana restoran dan lihat sekeliling anda. Ada tak yang makan nasi suku pinggan dan tidak tambah? Kan kalau ikut saranan suku-suku separuh, karbohidrat sepatutnya SUKU.

Kalau tak makan nasi digantikan dengan contoh 5-6 keping roti manis sekaligus pun lagi masalah. Lebih kalori sudah.

Pucuk pangkalnya: jaga PORTION (bahagian hidangan).

Jadi:

1. Kalau nak makan nasi, minta suku pinggan. Setengah pun dah terlebih.

2. Pendapat saya, tak perlu makan nasi banyak kali sehari. Boleh sahaja ganti unsur karbohidrat yang lain. Saya ada beri contoh dengan gambar-gambar makanan saya. Banyak saya upload di akaun IG saya, kebanyakkannya IG story.

Pendapat saya juga, nasi memang menjadi masalah tambah berat badan. Kebanyakannya disebabkan portion yang anda ambil LEBIH daripada suku pinggan. Tak kira lah nasi perang ke, nasi pink ke, nasi basthmati ke. Kalau ada perbezaan pun tak banyak. Yang penting, PORTION yang kena jaga.

SUKU.

SUKU.

SUKU PINGGAN.

3. Jika anda seorang yang bersenam selalu, TIDAK bermakna anda boleh makan macam-macam. Periksa tahap kolesterol anda; ingat ya 50% penduduk Malaysia berumur > 18tahun mempunyai kolesterol yang tinggi (MHSR, 2015). Kira kalori keluar masuk; lain individu lain. Tidak semestinya anda makan kuat, tidak ada masalah. Tak payah nak canang kepada orang lain pula, nanti orang itu ikut pula dan lain pulak jadinya.

4. Apa-apa pun, elakkan minuman berkarbonat/manis dsb. Minuman tak payah pakai alat-alat penapis mahal pun. Yang penting, air perlu bersih. Sudah memadai.

5. Yang Kencing Manis, elok periksa bacaan gula > 90 minit selepas makan (post-prandial patutnya 4.4-8.5 mmol/L, Diabetes CPG 2015). Baru anda tahu samada ubat anda cukup atau makanan anda terlebih. Catit bacaan gula dan bincang dengan klinik yang memantau anda. Bincang dengan Doktor, jururawat (banyak klinik ada jururawat khas untuk Kencing Manis), juga Pegawai dietian/pemakanan.

Saya ulangi untuk kesekian kali: lain orang, lain.

Ikut saranan #sukusukuseparuh secara umumnya.

Kira kalori anda betul-betul.
Apa-apa sekalipun, suplemen TAK PERLU.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan.

Leave a Reply

%d bloggers like this: