DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Sarapan Lewat Penyebab Gastritis Gemuk ?

Sarapan Lewat Penyebab Gastritis Gemuk ?

MELEWATKAN SARAPAN BOLEH MENYEBABKAN GASTRITIS DAN GEMUK?

Ramai yang beranggapan apabila kita melewatkan boleh menyebabkan gastritis atau menyebabkan kita menjadi gemuk kerana kita akan makan dengan lebih banyak.

Dalam kajian terbaru, gastritis tidak disebabkan oleh kita tidak makan, tetapi disebabkan kita tidak ada lapisan pelindung yang dinamakan mucin pada permukaan dalam perut. Ini menyebabkan asid yang dikeluarkan ketika mencernakan makanan akan mencederakan perut.

Lapisan ini tidak dihasilkan kerana sel-sel “mucous neck cell” telah dirosakkan oleh pengambilan ubat penahan sakit, tabiat merokok, dan ubat steroid.

Malah ada pendapat yang terbaru mengatakan dengan berpuasa atau menjarakkan makan 4-6 jam dapat membantu mengurangkan masalah gastritis kerana apabila kita tidak makan, perut kita tidak menghasilkan asid yang mencederkan perut. Asid hanya dikeluarkan apabila kita makan.

Ada juga yang mengatakan apabil tidak bersarapan, ia akan untuk mengambil kuantiti yang banyak semasa makan tengah hari melebihi kuantiti yang sepatutnya. Saya setuju. Tetapi kita boleh melebihkan pengambilan sayur dan buah seperti mana yang dicadangkan dalam konsep pemakanan Healthy Plate. Di Malaysia dikenali sebagai Suku suku separuh. Dengan mengamalkan konsep pemakanan ini, kita menjadi lebih sihat kerana lebih banyak sayur dan buah kita ambil, kita menjadi lebih sihat. Jangan tambah nasi tetapi banyakkan buah dan sayur, bila kita masih berasa lapar.

Jika berasa pedih perut pada waktu pagi, ambil satu atau dua sudu minyak zaitun. Ia melegakan rasa tidak selesa dalam perut.

Leave a Reply

%d bloggers like this: