SAWAN SEMASA MENGANDUNG – Bahaya Ibu Hamil Naik Berat Badan

sawan semasa mengandung

Sawan Semasa Mengandung : Berhati Hati Jika Ibu Hamil Naik Berat Badan Berlebihan, Ketika pemeriksaan di klinik, jururawat mengatakan isteri ada tanda sawan mengandung. Apa yang dimaksudkan dengan sawan mengandung? Apa kaitan sawan mengandung dengan berat badan? Sawan semasa mengandung sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Risiko ini lebih tinggi kepada ibu yang kali pertama hamil, ibu yang pernah mengalami penyakit darah tinggi sewaktu kehamilan terdahulu atau ibu yang hamil kali pertama dengan suami baru, Penyakit darah tinggi termasuk dalam kehamilan berisiko tinggi dan sawan mengandung adalah suatu masalah perubatan yang serius.

SAWAN SEMASA MENGANDUNG

Bagi wanita yang mempunya berat badan 45 kilogram sebelum hamil, penambahan berat badan sebanyak 11 hingga 12 kilogram sepanjang kehamilan adalah sesuatu yang normal. Semasa trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan) berat badan wanita hamil boleh menurun akibat kurang selera makan kerana rasa loya serta muntah muntah, Setelah memasuki trimester kedua, dan seterusnya berat badan wanita hamil semakin pulih dan dijangka bertambah sekitar setengah kilogram bagi setiap minggu.

PEMERIKSAAN ANTENATAL

Wanita yang mengalami penyakit sawan mengandung lazimnya mungkin mengalami penambahan berat badan berlebihan. Penyakit ini juga didapati pada wanita berbadan kurus. Berat badan tidak menyebabkan penyakit darah tinggi dan menurunkan berat badan juga tidak mengurangkan tekanan darah. Isteri dinasihati menjalani pemeriksaan antenatal dan pematauan teliti secara dijadualkan bagi mengesan penyakit berkaitan. Pemeriksaan antenatal seharusnya dilakukan mengikut jadual iaitu setiap empat minggu sehingga kandungan berusia 28 minggu, kemudian setiap dua minggu sehingga kandungan berusia 36 minggu dan seterusnya ssetiap minggu sehingga bersalin. Sewaktu lawatan ini, pemeriksaan kehadiran protein dalam air kencing dan tekanan darah dilakukan. Pemeriksaan selanjutnya akan dilakukan jika kedua duanya tidak normal.

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL

Sebab kenaikan tekanan darah dikalangan kepada wanita hamil akibat perubahan yang berlaku kepada perkembangan uri semasa mengandung. Dalam uri terdapat banyak saluran darah dan tekanan darah tinggi berlaku dalam ibu hamil sekiranya salur darah (spiral arteri) dalam uri tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Kerana salur darah ini mengecut, pengaliran darah ke uri tidak dapat berlaku dengan sempurna. Apabila uri tidak mendapat oksigen yang cukup, sejenis bahan kimia dibebaskan ke dalam aliran darah ibu yang menyebabkan salur darah ibu turut mengecut untuk meningkatkan tekanan darah supaya dapat membekalkan darah yang cukup kepada uri.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu