DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Sayur Dapat Cegah Kanser Prostat ?

Sayur Dapat Cegah Kanser Prostat ?

MAKAN SAYUR-SAYURAN DAPAT MENCEGAH KANSER PROSTATE

Dalam satu kajian yang dijalankan pemakanan (diet) yang diamalkan oleh orang sekitar lautan Mediterranean (atau dinamakan diet Mediterranean), makan sayur-sayuran dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat kanser prostate.

Dalam kajian yang lain, soya, selenium dan teh hijau (green tea), juga dapat mencegah kanser prostate. Ianya adalah usaha mengurangkan risiko terjadinya kanser, bukannya cara merawat kanser.

Dalam kajian yang lain juga menunjukkan cara terbaik untuk mengelakkan risiko mendapat kanser ialah dengan mengamalkan makan banyak sayur.

Dalam kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat di kalangan wargatua mendapati mereka mengambil pemakanan yang menghidangkan daging merah yang sedikit, dan mengambil banyak sayur-sayuran dan buahan, dan melakukan riadah ringan dapat membantu melambatkan progres penyakit kanser ini.

Apa yang lebih pasti ialah mereka yang kekurangan vitamin D dan mengambil banyak daging merah lebih mudah mendapat kanser prostate.

Article: “Prostate Cancer Prevention: Past, Present, and Future,” Neil Fleshner, Alexandre R Zlotta, CANCER; Published Online: September 24, 2007

#HealthDrZubaidi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.