Sayur Jangan Makan Nasi

avocado greens

Sayur Jangan Makan Nasi ? Sahur takyah makan nasik. Ado sobab eh.

Bila makan nasik, gula dalam darah banyak.
Bila gula tinggi, Insulin dirembes banyak.
Insulin banyak sebab nak bawak turun gula.
Insulin bawak gula turun cepat.
Bila 4 ke 6 jam, gula dalam darah jadi low.
Bila low, perut bunyi mintak nasi balik.
Lepas tu tunggu kawan bawah jambatan.

Stock up ayam/daging/ikan/makanan laut

Ini lebih baik untuk sahur. You need protein. Protein mengenyangkan lama, dan akan increase lebih Glucagon. Dalam puasa, Glucagon sahabat anda. Apabila Insulin rendah, Glucagon akan signal hati untuk pecahkan lemak anda supaya jadi tenaga primary masa gula rendah. Automatic fat burner. Sampai jam 7 malam pun tak rasa lapar sangat.

Add on sayuran atas tanah sikit supaya microbiome dalam usus besar ada makanan dia. Microbiome sihat, anda sihat.

Cuma, jangan makan sayur dulu esp kalau letak sambal. Satgi cirit cepat. Betul ni. Lagi lagi kalau ada bendi. Peiiii.

Ada soalan tanya kenapa Pokcik tak saran OMAD aje dan minum air kosong je masa sahur? Jawapan: Pokcik taknak bagi badan adapted dengan satu rutin semata mata, nanti dia stuck kat situ saja. Lagipun, protein sangat penting utk nutrition dan Glucagon level yang baik. Better health.

sayur jangan makan nasi

Elak nasi berserta aneka lauk ketika sahur antara 5 tip kekal bertenaga sepanjang Ramadan

umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang mempunyai pelbagai keberkatan dan peluang mendapatkan ganjaran. Berpuasa juga sebenarnya memberikan manfaat untuk kesihatan sekiranya kita mengambil makanan sihat dan bernutrisi tinggi pada waktu sahur dan berbuka puasa. Berikut adalah beberapa tip bagi membolehkan ibadah puasa dapat dijalani dengan sihat selain membolehkan kita melakukan aktiviti harian seperti biasa.

1. Pastikan badan cukup air

Badan kita memerlukan cecair secukupnya namun ketika berpuasa kita perlu bijak menguruskan perkara itu dengan pengambilan air pada waktu sahur, berbuka puasa dan sebelum tidur. Pastikan kita minum air yang mencukupi dan bukannya berlebihan agar tubuh dapat menyerap cecair dengan baik meskipun sedang berpuasa.

2. Elak minuman manis

Selain memastikan tubuh terhidrasi dengan baik, sebaik-baiknya minum air putih dan bukannya minum minuman manis terutamanya ketika bersahur. Ini kerana kandungan gula dalam minuman boleh membuatkan seseorang cepat berasa dahaga. Bagi yang ingin berdiet, inilah masanya untuk mencabar diri anda untuk tidak mengambil sebarang gula sepanjang Ramadan – bukan sahaja dapat turunkan berat badan tetapi menjadi lebih sihat.

3. Bersederhana ketika berbuka

Ingat, berbuka puasa bukanlah untuk kita ‘membalas dendam’ selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Malah dalam Islam sendiri mengajar kita untuk bersederhana ketika berbuka. Jangan terus mengambil makanan berat seperti lauk pauk yang digoreng atau berminyak kerana ia mampu menyebabkan kolesterol dan tekanan darah meningkat secara tiba-tiba. Lebih baik berbuka puasa dengan menjamah buah kurma yang mengandungi pelbagai khasiat dan air putih agar perut tidak berasa terkejut.

4. Menu sahur yang tepat

Pemilihan sepinggan nasi dengan pelbagai jenis lauk ketika bersahur nampak boleh mengenyangkan sehingga waktu berbuka tetapi ia tidak baik untuk sistem penghadaman. Sistem penghadaman perlu bekerja keras untuk memproses semua makanan itu yang akhirnya membuatkan kita berasa cepat lapar. Pilih menu yang kaya dengan serat, yogurt, buah-buahan dan sayur-sayuran serta buah kurma yang lebih mengenyangkan dan boleh memberi tenaga sepanjang hari.

5. Tetap aktif

Berpuasa bukan bererti kita perlu mengurangkan aktiviti fizikal dan menjadikan ia alasan untuk bermalas-malasan. Jika mengamalkan diet yang seimbang, tubuh kita dapat berfungsi seperti biasa. Jadi, jangan asyik tidur saja!

Sahur dengan nasi boleh jadi lebih lapar ketika puasa?

Makanan untuk sahur ni penting supaya ia dapat membekalkan tenaga ketika berpuasa sepanjang hari. Tapi ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan, antaranya:

1. Garam

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam atau masin boleh meningkatkan rasa dahaga sepanjang tempoh berpuasa.Lebih bahaya, makanan yang masin ini boleh menyebabkan anda terdedah kepada risiko jangkitan penyakit kronik seperti hipertensi dan serangan jantung.Bukan itu sahaja, makanan dengan kandungan garam yang banyak boleh merangsang rasa haus.Jadi elakkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk atau makanan dalam tin ketika waktu bersahur.

2. Nasi

Nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia pilihan ramai untuk mengalas perut ketika sahur. Namun sebaiknya elakkan pengambilan nasi pada waktu sahur atau paling tidak hadkan saiz hidangan nasi anda. Ini kerana nasi mudah dicerna dan boleh menyebabkan uols lebih cepat kehabisan tenaga. Keadaan tersebut pastinya akan membuatkan kita semua berasa cepat lapar.

3. Makanan pedas

Seperti nasi, makanan pedas boleh dikatakan antara lauk popular dan kegemaran ramai. Tetapi pengambilannya secara berlebihan mungkin boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut. Uols akan terdedah dengan risiko untuk mengalami keadaan seperti pedih perut atau cirit-birit, sekali gus menyebabkan dehidrasi. Makanan yang pedas juga boleh membuatkan kita lebih cepat haus. Sebaiknya elakkan makanan pedas ketika bersahur dan ambillah dalam kuantiti yang sedikit ketika berbuka.

4. Minuman berkafein

Minuman berkafein seperti kopi boleh dianggap sebagai 1 minuman wajib ada bagi penggemarnya. Namun begitu, minuman berkafein dikatakan bersifat diuretik dan akan dicerna dengan lebih cepat. Keadaan ini sekali gus menyebabkan uols lebih cepat kehilangan cecair dalam badan kerana kerap kencing. Sekiranya bekalan air dalam badan berkurangan, pasti ia boleh mengakibatkan dehidrasi dan cepat keletihan. Jadi sebaiknya hadkan pengambilan sebarang minuman berkafein pada waktu bersahur kepada secawan sahaja, okay?

5. Makanan dan minuman manis

Makanan mahupun minuman yang tinggi kandungan gula akan membekalkan kalori yang tinggi, tetapi ia tidak bertahan lama. Kebanyakan gula dalam makanan dan minuman adalah dari jenis gula ringkas, iaitu ia cepat menghasilkan tenaga dan mudah habis. Ini bermakna uols sukar untuk kekal bertenaga sepanjang hari.

6. Makanan tinggi kandungan lemak

Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng atau makanan segera boleh mengganggu dan melambatkan proses pengosongan perut. Eh, baguslah kalau lambat kosong, lambat lapar. Tetapi benarkah ia bagus? Sudah tentulah tak! Ini kerana ia boleh menyebabkan wujudnya simptom sembelit. Di samping itu, makanan yang mengandungi lemak ini boleh mengakibatkan cirit-birit kesan daripada sistem pencernaan yang terlalu cepat.

7. Tidak bersahur

Jangan terkejut, sememangnya ada kelompok individu yang tidak gemar bersahur. Antara alasan paling biasa adalah kerana malas bangun pada waktu bersahur. Tetapi malangnya tabiat seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana membiarkan perut kosong untuk tempoh lebih 12 jam. Lebih teruk lagi apabila rasa lapar disebabkan tidak bersahur akan membuatkan uols mengambil hidangan makanan secara berlebihan ketika waktu berbuka.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply