SEMANGAT – Bukan Sekadar Jiwa, Kena Jaga Kesihatan Juga !!!

semangat

Semangat? Berkait dengan jiwa. Kekuatan dalaman yang ada pada diri kita. Namun semangat ni berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan. Ramai orang yang sakit berlarutan menjadi hilang semangat juang dalam kehidupan. Sebab tu pentingnya jaga kesihatan. Jom baca acra terbaik meningkatkan kekuatan jiwa dan fizikal kita.

KESIHATAN ADALAH SEMANGAT

  1. Makan seimbang – boleh bila selalu masak dirumah. Tapi bila kekangan kerja membuatkan kita tiada pilihan selain makan luar. Terdedah dengan perasa tambahan, gula, msg dan garam berlebihan.
  2. Exercise– penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan. Bila badan aktif, semangat pun bertambah.
  3. Supplement wisely– ikut keperluan diri. Hanya kita yang tahu keperluan tubuh kita. Hanya kita sahaja yang tahu simptom ( bahasa tubuh) yang berlaku pada diri kita.
  4. Paling utama kita kena jaga kesihatan tubuh. Secara langsung kita usaha jaga semangat juang dalam diri kita.
  5. Beringat masa sihat supaya tak mudah hilang jiwa semasa sakit.

CARA MEMULIHKAN SEMANGAT YANG HILANG

1. Jauhkan handphone untuk sementara waktu

Salah satu momen terbaik untuk menikmati suasana di pagi hari adalah dengan cara menghindari memeriksa handphone atau browsing di internet untuk sementara waktu. Alangkah baiknya jika kita melakukan berbagai macam kegiatan positif di pagi hari atau biasa disebut morning routine.

2. Menikmati udara pagi

Menikmati matahari pagi dan menghirup udara segar di pagi hari dapat membantu tubuh kamu menjadi rileks dan bisa menyegarkan fikiran. Disarankan untuk melakukan kebiasaan ini setiap pagi kerana sangat baik untuk kesihatan kamu.

3. Tidur Cukup

Jika kita menginginkan kesihatan dan kebahagiaan. Ternyata tidur adalah jawabannya. Tidur sebagai penentu kebahagiaan seseorang. Terkadang di antara kita sulit sekali untuk boleh tidur siang, namun ternyata tidur siang selama 20 minit boleh menyegarkan otak dan fikiran kita setelah melakukan banyak aktiviti.

4. Tebarkan senyuman setiap hari

Tersenyum boleh menjadi ubat untuk hati dan jiwa seseorang. Janganlah kita menjadikan kehidupan ini sebagai beban, lakukanlah semua dengan tulus dan ikhlas. hiburlah dirimu dengan hal-hal yang menyenangkan.

sumber: teen

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu