DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Senaman Plank

Senaman Plank

Semalam saya ada buat poll tentang senaman yang popular iaitu plank adakah kawan-kawan facebook saya menyukainya. Rata rata daripada puluhan yang mengundi, 79% mengatakan Ya dan selebihnya 21% ialah tidak. Ada beberapa orang yang PM bagitahu yang depa memang suka plank namun hanya mampu bertahan beberapa saat sahaja.

Serba ringkas tentang plank. Senaman plank ni sangat popular, mempunyai sangat banyak manfaat untuk kesihatan dan senaman ini boleh dilakukan hampir di mana-mana sahaja pada bila-bila masa, tanpa modal, tanpa kawasan/ruang yang besar. 5 hingga 10 minit plank sehari sudah mencukupi untuk memberikan hangpa manfaat yang sangat banyak..

Malas pulak nak tulis tentang manfaat plank ni, senang hangpa baca kat laman web maskulin ni ja : https://www.maskulin.com.my/selain-bentuk-perut-sixpack-ini-8-lagi-manfaat-senaman-plank-setiap-pagi-amalkan/

Bagi yang mula-mula (newbie) memang akan rasa susah. Tak perlu target lama-lama sangat, cukup sekadar berapa lama hangpa boleh tahan sahaja dulu. Contoh kalau hangpa boleh buat 5 saat, cukup sekadar 5 saat, kemudian rebahkan badan untuk rehat, kemudian cuba lagi 5 saat atau lebih selama beberapa pusingan atau sehingga hangpa dah tak mampu. Esoknya cuba lebihkan masa, contoh 6 saat keatas. Lama kelamaan senaman plank ni akan jadi mudah dan dengan rilek ja hangpa boleh buat sampai berminit minit atau berjam jam kalau hangpa gigih la.

Jom kita plank, setkan target hangpa. Saya punya plank paling lama pon x mampu capai 10 minit. Kena gigihkan lagi ni, set target baru, untuk manfaat kesihatan..Yosh

kredit : Mohamad Fadzli

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat