SENAMAN UNTUK KURUS – Cara Terbaik Hilangkan Perut Buncit

SENAMAN UNTUK KURUS – Cara Terbaik Hilangkan Perut Buncit

Salam sejahtera semua. Apa khabar ?  Selamat berpuasa ye semua. dah hari ketiga nih, makan semua ok ke ? Tentu ramai nak tahu cara nak buat senaman untuk kurus yang betul untuk hilangkan perut buncit. Ish ish, memang sukar jugaklah ye tak ? Banyak sangat lemak, lemak kat perut memang sukar. Jom kita sambung baca lagi. Hari ini nak share sikit senaman untuk kurus

2 JENIS LEMAK PERUT

Hooo, yang ni kena baca betul-betul sikit. 2 jenis lemak yang disebut-sebut dalam artikel mat saleh ialah Subcutaneous Fats dan Visceral Fats. Oklah apa beza dua lemak nih ? huuu, memang banyak beza. Kalau korang search gambar pun mesti tengok, hoo. ini bezanya.

  • Subcutaneous – Yang ni adalah lemak yang memang ‘sub’, bawah kulit. Memang kelihatan jelas lemak tuh, membuatkan korang nampak makin comel. So biasanya ada kat perut, lengan, dan macam-macam tempat lagilah. Yang ni adalah petanda korang makin gemuk, dan obesiti.
  • Visceral – Perkataan ‘viscera’ itu merujuk kepada organ dalaman, dalam abdomen. Biasanya boleh terjadi dalam hati, jantung dan organ dalaman yang lain. Jadi lemak ini sangat bahaya, sebabnya, sukar dikesan, orang kurus pun boleh jadi ada lemak ini. Penyebab banyak penyakit bahaya seperti kolesterol tinggi, darah tinggi,diabetes, dan nyanyuk.

6 SEBAB PERUT BUNCIT

Memang ada beberapa sebab utama, yang ni mungkin korang akan alami, secara tak sengaja atau memang korang sengaja tak jaga

  • Usia – ini faktor yang utama jugaklah, usia makin tua, metabolic rate makin rendah, jadi memang perut tu sukar nak cover. Tapi ada je yang tua , badan masih ok lagi
  • Makanan diproses – makanan sebegini memanglah tak elok, kalau makan banyak sangat boleh menyebabkan keradangan, sukar nak kuruskan perut
  • Makan lemak yang salah – yang ni sebelum ini dah cerita, ada lemak yang baik, dan lemak yang tak baik. Lemak tepu dikatakan penyebab peningkatan visceral fat dalam badan kita
  • Stress – yang ni sukar nak bantu, tapi sebelum ini ada cerita pasal stress memang boleh sebabkan perut buncit dan berat badan naik
  • Tidur tak cukup – ada satu kajian menunjukkan tidur perlulah berkualiti, kalau tak jawabnya, boleh menyebabkan perubahan saiz perut.
  • Senaman yang tak betul – memang kita selalu senaman, tapi senaman tu tak betul dan tak efektif untuk kecilkan perut.

CARA SENAMAN UNTUK KURUS

Memang banyak senaman yang bagus, tapi bukan semua  senaman berkesan untuk kuruskan perut. Jadi ada tips penting nak senaman yang betul. Kebanyakan senaman bakar kalori, tapi belum tentu boleh bakar lemak. Jadi senaman terbaik ialah kena gabungkan kardio dan weight lifting. Senaman kardio memang bagus, tapi sebenarnya belum cukup. Antara tips terbaik ialah cabar diri anda untuk membuat senaman yang lebih berat. Senaman begini boleh meningkatkan metabolisme yang mampu memecahkan lemak di perut. Jadi, jawabnya, kena buat senaman yang tinggi intensity. Itu je. Jenis senaman banyak, itu refer google je .

TIPS LAIN SENAMAN UNTUK KURUS NAK KECILKAN PERUT

Oklah, bannyak tips lain nak kecilkan perut, kalau korang baca sebab di atas, cuba tukar tabiat permakanan korang macam di bawah.

  • Makan natural food – makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, yang lebih semula jadi
  • Omega-3 – ambil omega-3, minyak ikan bagus untuk kuruskan badan dan pembinaan otot
  • Tidur cukup – jaga kualiti tidur anda, tidur sangat penting untuk kesihatan
  • Kurangkan gula – ini tips dari dulu-dulu punya, dan berkesan

4 thoughts on “SENAMAN UNTUK KURUS – Cara Terbaik Hilangkan Perut Buncit

  1. saya ni jns gmok kt perut , kaki n tgn kurus , hmm knpe yer ..saya dah cuba stop makan nasi ,sy cuma lauk ,ptg dn malam pula sy jog or zumba , sluar dan kain yang sy pakai dh longgr sikit..tpi tk nmpk kurang punklu kawan tgok ,dorang ckp sme je ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.