SENGGUGUT – Bila Teruk Rupanya Tanda Ketumbuhan Rahim

SENGGUGUT – Bila Teruk Rupanya Tanda Ketumbuhan Rahim

Hari ni saya dekejutkan dengan berita yang sungguh sedih. Adik saya masuk hospital dan terpaksa melalui pembedahan kerana ketumbuhan rahim. Tak sangka… senggugut yang adik saya alami sejak zaman sekolahnya dulu merupakan petanda awal yang dia sebenarnya mempunyai ketumbuhan dalam rahim.

Saya ingat lagi semasa adik saya sekolah dlu setiap kali dia datang bulan dia mesti ada senggugut yang teruk. KAdang2 tu sampai muntah-muntah. Setiap kali dia sakit dia pasti makan ubat tahan sakit. Hinggakan bagi saya ubat tahan sakit dengan adik saya adalah ibarat teman rapat.

Dulu mak saya selalu kata senggugut ni bila umur dah meningkat akan semakin berkurang. Tapi senggugut adik saya tak pun berkurang.. Ia berlarutan sehingga adik saya masuk UKM. Saya ingat lagi ada ketika dia pernah keluar muntah hijau kerana sakit senggugut. Saya pernah nasihat dia pergi berjumpa doktor pakar tapi dia cuma pergi jumpa doktor biasa sahaja.Mungkin faktor kewangan menjadi sebab.

Selepas grad, adik saya bekerja senggugut dia masih juga tak ada beza macam dulu. Adik saya pernah mencuba berjumpa doktor pakar tapi doktor tak dapat kesan apa masalahnya. Sampailah semalam merupakan pengalaman ngeri yang saya rasa saya sendiri tak sanggup nak tengok…darah meleleh ke kaki dan yang keluar adalah darah yang berketul-ketul. Tengah malam tadi terus kami bawa adik saya ke hospital dan tengahari tadi dia selamat membuang seketul ketumbuhan sebesar bola tennis.

BAGAIMANA SENGGUGUT BERLAKU

Senggugut atau istilah perubatannya dipanggil dismenorea kebiasaannya merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan haid. Ini mungkin lebih teruk semasa dua hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kedatangan haid. Kesakitan yang dirasai ketika datangnya haid disebabkan oleh penguncupan dinding rahim yang amat kuat.

Proses ini bertujuan mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput dinding rahim (selaput endometrium). Darah ini perlu dikeluarkan melalui saluran pangkal rahim atau serviks. Kebiasaannya, saluran pangkal rahim yang dimiliki oleh seorang gadis remaja masih sempit. Oleh sebab itu ketulan darah tersebut agak susah untuk dikeluarkan.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, berlaku penguncupan dinding rahim yang begitu kuat disebabkan oleh sejenis hormon yang dikenali sebagai ‘prostaglandin’. ‘Prostaglandin’ adalah daripada sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal daripada asid lemak dan peranannya sangat penting di dalam tubuh.

Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi 20 atom karbon. Ini menjadi pengantara serta memberi banyak kesan terhadap psikologi. Oleh sebab itulah kesakitan terasa dan jika ia dihasilkan secara berlebihan maka terjadilah senggugut. ‘Prostaglandin’ yang berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, cirit-birit, muntah serta sakit kepala. Lazimnya, kesakitan akan reda dua atau tiga hari kemudian.

Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran turut memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk anda mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa haid boleh mengakibatkan dismenorea.

gla complex

Bagaimana mahu elak hormon Prostaglandin berlebihan dan pada masa yang sama kita perlukan hormon ini.

Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah.

Oleh sebab kita memerlukan GLA COMPLEX yang membantu stabilkan hormon Prostaglandin kita. Pengambilan soy protein ketika haid sangat membantu gejala PMS. phytoestrogens dan isoflavones melindungi tubuh daripada tahap estrogen yang berlebihan.

Kajian dari England dan Jepun menunjukkan bahawa isoflavon soya yang berkesan untuk menyokong PMS kesihatan yang lebih baik, kerana penyelidik menyatakan bahawa gejala fizikal PMS telah “bertambah baik dengan ketara” di kalangan wanita memakan isoflavon soya setiap hari.

Soya  boleh memberi kesan metabolisme estrogen dengan menyebabkan badan untuk menghasilkan jumlah yang lebih kecil metabolit estrogen yang tidak sihat. Maksudnya, makan soya boleh secara semula jadi membantu “keseimbangan” tahap estrogen badan menyokong keadaan hormon yang lebih sihat.

Vitamin yang Penting Mengatasi Senggugut

senggugut teruk senggugut teruk

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Uitm Shah Alam, Universiti Malaya, Menara TM

Ainul Mustafa
Pengedar Shaklee Shah Alam
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717

sumber : tatapanminda, , utusan, thescienceofeating

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat