Manfaat Serai Dalam Perubatan

Manfaat Serai Dalam Perubatan

Serai atau nama saintifiknya Cymbopogun citratus merupakan perasa makanan yang tidak asing lagi.

Aroma wangi serai itu disebabkan kehadiran sebatian kimia mudah meruap (volatile organic compounds VOC) iaitu geranial, neral dan myrcene sebagai komponen utama, diikuti dengan citronellol, geraniol, limonene dan lain-lain.

Apakah terdapat maafaat perubatan dari penggunaan straw serai?

Selain VOC atau lebih dikenali sebagai essential oil dari kelas sebatian kimia terpene, antara sebatian kimia semulajadi atau fitokimia yang ada dalam serai adalah flavonoids, dan asid fenolik. Kandungan di dalam serai ini akan biasanya kita ambil dalam pemakanan contohnya serai yang dikisar dalam makanan.

Tetapi sebatian kimia ini belum pernah terbukti dalam kajian klinikal ke atas manusia merawat penyakit.

Malah jika sekalipun sebatian kimia ini adalah antara bahan aktif dalam ubat, kandungannya dalam beberapa batang serai tidak cukup memberikan kesan terapeutik atau bahasa pasarnya tak cukup kuat merawat penyakit.

Jika kita menggunakan straw serai, kita hanya akan mendapat aromanya, iaitu disebabkan oleh kehadiran VOC ini.

Adakah terdapat mudarat menggunakan straw serai ini?

Jika penanaman serai tidak menggunakan racun perosak yang tidak dibenarkan dari tempoh menuai, ia selamat digunakan.

Selain itu, penanaman serai perlulah dikawasan yang tidak tinggi kandungan logam berat tertentu. Ini kerana serai mempunyai kecenderungan menyerap logam berat tertentu.

Sekalipun ia mempunyai logam berat yang tinggi, ia hanya menambah risiko jika dikisar dalam makanan. Jika digunakan sebagai straw, risikonya rendah atau tiada.

Bayangkan straw serai digunakan ketika minum air laici ditambah daun pudina. Jadilah, air laici fresh herb yang mahal tu.

Eh kering pulak tekak ni rasa. Nak pergi tengok dapur ada ke tidak bahan-bahannya.

#DrCPO #inisainsbeb

Open chat
Powered by