SERANGAN JANTUNG – Lebih Banyak Kematian Berbanding Kanser

SERANGAN JANTUNG – Lebih Banyak Kematian Berbanding Kanser

1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia adalah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor. satu di Malaysia. Sehingga ada statistik mengatakan serangan jantung akibat kolestrol tinggi menjadi punca kematian tiga kali ganda lebih tinggi dari kanser! Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi. Berikut adalah beberapa punca kolesterol
tinggi.

7 PUNCA BANYAK KOLESTEROL YANG MEMBAWA SERANGAN JANTUNG

1) Diet

Makan lemak tepu yang terlalu banyak boleh menyebabkan kolesterol tinggi. Anda akan perolehi lemak ini dalam makanan yang datang dari haiwan. Seperti daging lembu, telur, mentega, dan keju. Makanan dibungkus yang mengandungi minyak kelapa, minyak sawit, atau mentega koko mungkin mempunyai banyak lemak tepu. Anda juga akan mendapati lemak tepu dalam marjerin, lemak sayuran, kentang goreng, burger cheese dan makanan ringan dan lain-lain.

2) Berat Badan

Berat badan berlebihan boleh meningkatkan trigliserida dan mengurangkan HDL (kolesterol baik).

3) Aktiviti Fizikal

Kekurangan aktiviti fizikal boleh meningkatkan LDL(kolesterol tidak baik) dan mengurangkan HDL(kolesterol baik). Bayangkan, anda bekerja di pejabat hanya duduk didepan komputer, balik rumah. terus sambung depan TV, tanpa melakukan sebarang aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan. Apa akan jadi pada kesihatan anda?

4) Umur dan Jantina

Selepas anda mencapai umur 20, tahap kolesterol anda secara semulajadi mula meningkat. Pada lelaki, kadar kolesterol umumnya mendatar selepas umur 50. Pada wanita, paras kolesterol berada agak rendah sehingga menopaus, selepas itu mereka meningkat kepada kira-kira tahap yang sama seperti lelaki.

5) Tahap Kesihatan

Jangan skip pemeriksaan kesihatan setiap tahun, dan pastikan anda mendapat penjelasan tentang risiko penyakit jantung. Mempunyai penyakit tertentu, seperti kencing manis atau hipotiroidisme juga boleh menyebabkan kolesterol tinggi.

6) Sejarah Keluarga

Jika ahli-ahli keluarga anda mempunyai kolesterol yang tinggi, anda juga boleh.

7) Merokok

Semua orang pun tahu, merokok boleh mengurangkan kolesterol baik. Dan ia boleh membunuh anda.

sumber: sihatlindungselamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat