DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Setiap Kajian Perlukan Kebenaran

Setiap Kajian Perlukan Kebenaran

Sebenarnya ramai je saintis dalam Malaysia ni cuma tak batak nak tulis trademark ” saintis ” dekat setiap posting di media sosial.

Setiap kajian yang melibatkan haiwan, tumbuhan dan manusia perlu memohon kelulusan bukan semberono saja. Kajian di peringkat pilot study, piring petri, makmal universiti tidak boleh dijadikan rujukan utama.

Sila ikut hiraki kajian. Kalau nak uji keberkesanan ke atas manusia, perlu buat human trials. Setiap orang berbeza pathophysiology nya. Sebab itu sebelum nak bagi ubat, history taking is super crucial. Ada orang alah dengan ubat dan alahan terhadap ubat ubatan dikira sebagai kes kecemasan.

Doktor dan saintis saling memerlukan. Dalam kalangan doktor pon ramai yang bertaraf saintis dan penyelidik. Takkan lah saintis yang tak pernah tengok pesakit, yang tak pernah sentuh pesakit, yang tak pernah rawat pesakit, nak membuta tuli buat kajian ke atas pesakit. Nak pasang mesin ECG pon tak reti, pening.

Apa saja kajian yang bertujuan ke atas manusia, perlu uji ke atas manusia. Saintis pakar herba sekalipon, kalau dia nak komersilkan hasil penyelidikannya untuk digunapakai ke atas manusia, dia perlu buat kajian ke atas manusia bukan buat kajian ke atas tikus mondok biawak komodo terus claim boleh rawat manusia. Apatah lagi kalau kajian peringkat pilot study.

Doktor memang tak buat ubat, tapi setiap ubat yang nak digunapakai akan dibuat kajian terlebih dahulu, diuji keberkesanan, keselamatan dan kesan sampingan. Bukan membuta tuli ambil dan bagi. Sekumpulan pakar yang terdiri2 daripada pakar pakar perubatan dan saintis perubatan akan buat review, keluarkan garispanduan yang wajib diikuti oleh semua doktor. Setiap ubat akan sentiasa diuji keselamatannya.

kredit : Hasmin Mohamad

Leave a Reply

%d bloggers like this: