Simptom Dan Rawatan penyakit Batuk Tibi (Tuberkulosis)

Simptom Dan Rawatan penyakit Batuk Tibi (Tuberkulosis)

Batuk tibi merupakan antara penyakit yang popular berlaku dinegara kita kerana sangat kerap berlaku. Selain paru-paru kuman ini juga boleh menyerang pada otak, tulang, usus, abdomen dan pelbagai lagi organ kita.


Namun saya hanya akan terangkan lebih lanjut berkenaan batuk Tibi kerana ia lebih common berlaku. Kuman ini lebih dikenali sebagai mycobacterium tuberculosis.




Jangkitan paru-paru ini dikenali sebagai pulmonary tuberculosis. Namun jika ia tidak dirawat, ia berisiko menyerang bahagian organ lain ditubuh ataupun otak melalui sistem pengangkutan darah. Hal ini dikenali sebagaiextrapulmonary tuberculosis.


Batuk tuberkulosis merbahaya kerana ia menyerang melalui udara. iaitu airborne. Oleh itu pesakit yang menghidap batuk tibi mestilah diasingkan.


Saya share dengan anda disini beberapa simptom dan tanda. Ia berdasarkan pengalaman sepanjang pekerjaan saya menjaga pesakit yang di diagnosiskan dengan Tibi  ^^


Kebanyakan pesakit yang disyaki tibi mengalami berat badan yang turun dengan mendadak. Walaupun turun berat itu memang suatu hal yang menggembirakan ^
^ , malangnya ia bukan petanda yang baik ya.


Mereka juga sering batuk-batuk hingga mencapai waktu yang lama hingga berbulan-bulan. Paling teruk hingga boleh menyebabkan pendarahan.


Pesakit biasanya akan mengalami rasa panas malam hari dan mengadu sering berpeluh pada waktu malam. 


Apabila anda disyaki menghidap tuberkulosis, biasanya xray akan dilakukan. Ini bertujuan melihat keadaan paru-paru melaui xray pesakit. Gambarajah dibawah menunjukkan gambar xray normal dan xray pesakit yang menghidap Tibi.


Xray pesakit Tibi akan nampak lebih putih berbanding xray orang normal. Jika xray anda putihnya terlalu nyata dan teruk, anda mungkin akan ditahan untuk pemeriksaan lebih lanjut.


Antara punca lain xray paru-paru berwarna putih mungkin disebabkan pencemaran udara, pneumonia, habuk dan kanser.


Selain itu, anda mungkin akan dilakukan ujian jarum pada kulit, juga dikenali sebagai mantoux test. Untuk melihat hasil ujian, kena tunggu selama 3 hari. Setelah ujian ini dilakukan, pastikan kawasan ini tidak terkena sabun, losyen dan sebagainya untuk mengelakkan hasil ujian terganggu.


Jika kawasan yang ditandai dengan marker pen ini menunjukkan tanda kemerahan dan bengkak, tuberculosis mungkin positif. Bagaimanapun, sebarang inflamasi dalam tubuh boleh mempengaruhi keputusan ujian ini. Oleh itu, ketepatan ujian ini masih diragui.


Cara yang paling tepat ? Melalui ujian sampel kahak. Anda akan diminta memberi sampel kahak selama 3 hari berturut-turut.  Jika ketiga-tiga sampel ini menunjukkan  tanda negatif, ia mungkin hanya disebabkan jangkitan kuman biasa. Anda akan dipreskripsikan antibiotik.


Jika keputusannya positif, anda akan ditahan dan diasingkan untuk menerima rawatan fasa pertama. Treatment untuk tuberkulosis biasanya adalah 6 bulan. Paling lama setahun. Jangan risau ya, walaupun anda harus makan ubat selama 6 bulan, tidak semestinya anda harus diasingkan dalam tempoh yang cukup lama. Selepas 1 bulan, anda berada dalam maintenance phase. 

Tapi sebelum dibenarkan untuk meneruskan rawatan dirumah, anda akan diambil ujian kahak sekali lagi bagi mengelakkan jangkitan tersebar kepada orang lain. Walaupun ujian ini negatif, jangan berhenti makan ubat sewenang-wenangnya. Rawatan yang tidak lengkap berisiko menyerang anda semula. Pastikan anda menghadiri temujanji bersama doktor untuk mengetahui perkembangan paru-paru anda.


Risiko tidak makan ubat ikut jadual ? Boleh mnyebabkan kuman ini kebal terhadap ubat Tibi.  Justeru, ubat ini tidak boleh digunakan lagi. Doktor kena cari jenis ubat Tibi yang lebih sesuai untuk anda.


Penyakit ini bukan batas pergaulan anda. Anda boleh bergaul dengan sesiapa dan tinggal bersama keluarga. Dalam tempoh ini, sokongan keluarga amatlah penting. Tapi sebaik-baiknya gunakan sudu makan, pinggan dan gelas untuk kegunaan anda seorang sahaja. Ia sebagai langkah berjaga-jaga sahaja. Anda tidak akan menjangkitkan Tibi kepada sesiapa selagi anda tidak skip makan ubat.


Jika anda sudah memahami serba sedikit mengenai Tibi, ujian dan rawatan, sila drop komen ya, untuk sebarang pertanyaan juga boleh drop komen.


Terima kasih kerana membaca !

sumber

Bolehkah Pesakit Tibi/ Batuk Kering Sembuh?

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu