Stress Boleh Membunuh

murung dekat pokok

STRESS BOLEH MEMBUNUH. Salah satu hormon stress adalah adrenaline, iaitu hormon yang dihasilkan oleh kelenjar yang betul-betul berada di atas buah pinggang. Kelenjar yang mengeluarkan hormon adrenaline ini dinamakan kelenjar suprarenal.

Stress Boleh Membunuh

Ia dinamakan hormon stress kerana ia dikeluarkan di saat kita stress bila berhadapan dengan bahaya. Bila berhadapan dengan bahaya sebagai contoh, harimau, adrenaline dikeluarkan sebagai persediaan tubuh sama ada untuk berlawan dengan haiwan tersebut atau melarikan diri. Sebab itu hormon ini dinamakan sebagai hormon stress yang bertujuan sama ada untuk “lawan atau lari”.

Bersama dengan hormon cortisol (satu lagi hormon stress), adrenaline menghasilkan glukosa dengan banyak dalam tubuh. Tujuan penghasilan glukosa (dikeluarkan dari simpanan) bertujuan untuk menghasilkan tenaga, sama untuk melawan atau melarkan diri.

Ia juga mempercepatkan degupan jantung, meningkatkan tekanan darah, menyebabkan otak sentiasa berjaga dan tubuh mengeluarkan peluh. Dalam jangka masa yang pendek, ia bagus untuk kita kerana ia mempercepatkan perjalanan darah dan menjadikan otak kita sentiasa aktif.

Tetapi jika kita berada dalam keadaan stress yang berpanjangan, ia akan mengundang masalah penyakit kencing manis, penyakit tekanan darah tinggi, penyakit jantung, lemah saraf dan otak. Malangnya di zaman moden ini kita mengalami stress yang berpanjangan, tanpa kita sedari. Akhirnya kita mengalami penyakit yang saya sebutkan tadi dan meninggal dunia pada usia yang lebih muda. Kita berperang dengan perasaan sendiri.

Oleh itu kita harus mengelakkan stress dan cara yang terbaik ialah dengan memahami sumber stress dan menukar cara pemikiran kita menghadapi stress. Kembalilah kepada fitrah kita. Ada masa bekerja dan berehat. Mengadulah kepada Allah agar Allah mempermudahkan urusan kita. Banyak zikir dan salawat ke atas Nabi kita.

Stress tidak akan selesai dengan kita cuba menyelesaikan setiap masalah tanpa pertolongan, bimbingan dan hidayah dariNYA. Semoga bermanfaat. #sihatdgnimandanibadahdrzubaidi

Nak tahu lagi tak? STRESS PUN ANTARA PUNCA NAIK BERAT BADAN.BILA STRESS :

1. Keletihan Yang Keterlaluan. Bila stress ni menyebabkan diri menjadi letih, bukan setakat otak je letih, badan pun letih tau. Bila terlalu letih, perlukan tenaga dan kena makan. Belum lagi orang yang dah tahu stress, dia ambil COKLAT UNTUK HILANGKAN STRESS. YESSSS. MEMANG COKLAT TU JALAN PINTAS UNTUK TENANGKAN DIRI DAN HILANGKAN STRESS. TAPI KALAU SELALU??? Kesan buruk lah pada diri kan.

2. Mengurangkan Metabolism. Samalah jugak. Makan sikit je, tapi badan tetap naik. Jaga makan dah jaga dah. Tapi naik jugak berat badan tu.

3. Sukar Tidur Malam. Bila stress kita akan sukar nak tidur malam. Banyak sangat fikir. Bila dah sukar tidur malam dan jadual tidur tak menentu, tenaga dalam badan banyak berkurangan. Selain beri kesan kepada masalah berat badan, STRESS BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG, KEMURUNGAN, ANXIETY DAN MACAM MACAM LAGI.

Pada tahun 1989, NASA ada menjalankan satu kajian yang popular untuk menguji kesan tumbuhan kepada kualiti udara di dalam rumah.

Pada ketika itu, pokok buluh pam, keladi chinese evergreen dan pokok lidah jin di bawa ke angkasa dan telah terbukti dalam ruang yang sempit dan pengudaraan yang terbatas, tumbuhan tersebut mampu memperbaiki kualiti udara.

Namun adakah ia bermakna tumbuhan ini boleh bertindak sebagai penapis udara? Jawapannya TIDAK. Penemuan kajian tersebut hanya untuk ruang tertutup didalam kebuk udara makmal. Dalam ruang pejabat/ bilik bersaiz 3.1M x 3.1M x 2.4M anda memerlukan 1000 jenis tumbuhan untuk bertindak secara berkesan untuk menapis udara secara berkesan!

Walaupun tumbuhan dalam rumah tidak berkesan sebagai penapis udara, ia sangat penting untuk mengurangkan stress. Persekitaran yang baik dan indah terbukti dapat meningkatkan mood yang positif dalam aktiviti seharian. Sumber: PHM

PELUK PASANGAN SEMASA TIDUR BANYAK KEBAIKAN?

Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini. Bagus sebenarnya tidur peluk pasangan. Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri.

Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri.Bahkan, sangat baik untuk kesihatan! Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan;

1. Mencegah Stress. Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu. Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’ . Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.

3 . Tidur Lebih Nyenyak. Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.

4. Baik Untuk Jantung. Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.

5. Bangun Penuh Bertenaga. Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.

6. Panjang Umur. Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.

7. Tanda Luahan Kasih Sayang. Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan. Tag pasangan anda dan share artikel ini !! Yang halal je ye..sumber : mellysupplement

KRITIKAL. Sedihnya. Lebih separuh daripada doktor dan jururawat mengalami gejala burnout sewaktu pandemik C19

Anda telah saksikan video klip viral keadaan terkini hospital-hospital, klinik kesihatan, dan CAC. Ianya adalah benar. Bukan Fake News. Ada yang kritikal. Dapat dilihat penatnya frontliner berdepan suasana yang getir ini.

Terbaharu, sebuah kajian daripada Universiti Sains Malaysia terhadap anggota kesihatan di Malaysia menunjukkan lebih separuh doktor mengalami gejala burnout. Burnout dikalangan pekerja selalunya terjadi apabila sesebuah tempat kerja mempunyai keadaan stress yang kronik dan tidak berjaya diselesaikan oleh majikan.

Antara gejala kronik tersebut adalah lemah, tidak bermaya, stress, kemurungan, berfikiran negatif kepada kerjaya, dan pelbagai lagi gejala lain. Kajian lain sebelum ini menunjukkan burnout boleh menyebabkan kesan negatif seperti pengurangan kualiti, layanan pesakit, profesionalisma, keselamatan pesakit, dan peningkatan kesilapan semasa merawat.

Kesan terbesar adalah lumpuhnya keseluruhan institusi perubatan kita. Kesan burnout bukan sahaja terjadi pada doktor dan jururawat. Menurut kajian tersebut, kebanyakan anggota kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Penolong Pengawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Makmal, Dietician, juga mengalami gejala burnout.

Kami selalu tertanya-tanya, bila tiada yang sihat, siapakah yang akan memajukan ekonomi? Moga sistem kesihatan kita tidak lumpuh.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply