STROK HABA – Panas Melampau Penyebab Kematian

strok haba.jpg

STROK HABA BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN

Strok haba adalah satu keadaan yang disebabkan oleh haba panas yang teruk atau di kenali sebagai hiperthermia dengan suhu badan yang melebihi 40.6 ° C. Ia terjadi disebabkan oleh pendedahan berpanjangan terhadap haba persekitaran yang bersuhu tinggi. Haba biasanya dihasilkan oleh badan apabila terjadinya proses metabolisma. Kebiasaanya haba yang diserap oleh tubuh akan di lepaskan melalui kulit dalam proses penyejatan peluh.

Walau bagaimanapun, apabila melakukan aktiviti fizikal dalam cuaca panas yang melampau dengan kadar kelembapan yang rendah, badan tidak mungkin dapat menangani haba persekitaran yang sangat tinggi, menyebabkan haba terkumpul dalam badan dan suhu badan akan meningkat secara mendadak. Selain itu, akibat dari dehidrasi juga menyebabkan sesorang mendapat strok haba. Mereka yang mengalami dehidrasi, tidak akan mengeluarkan peluh dengan cepat, oleh itu suhu badan akan meningkat.

Sesorang yang mengalami strok haba perlu mendapatkan rawatan kecemasan dengan kadar segera. Apabila tidak dirawat secepat mungkin, pesakit boleh mengalami kerosakan otak, jantung, buah pinggang dan juga otot. Selain itu, ia juga boleh mengakibatkan risiko yang lebih teruk sehingga mengakibatkan kematian. Menurut pakar, suhu yang tinggi boleh mengundang kepada komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan sesorang itu koma dan boleh mengundang maut.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu
WhatsApp chat Nak Order Shaklee ?