SUKAN MALAM – Boleh Menjadi Pembunuh Senyap

sukan malam

BAHAYA SUKAN MALAM

Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu sukan malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung. Aktiviti bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.

Difahamkan, aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan dengan baik. Menurut pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad (gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja sehari dan memerlukan waktu rehat.

Katanya, aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga dikeluarkan. “Kita memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung. “Bukan tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,” katanya.

SENAMAN AWAL PAGI

Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu. Jadi boleh elakkan sukan malam.

  1. Melanjutkan kesegeran dan mood – Kajian yang dilakukan terhadap para pelajar yang bersenam hanya 20 minit di awal pagi mendapati kesegaran dan keceriaan mereka berterusan sehingga ke tahap 12 jam selepas melakukan senaman. Ini membuatkan orang yang bersenam waktu pagi lebih produktif dan ceria serta segar sepanjang melaksanakan tugasan untuk sepanjang hari itu.
  2. Membakar lebihan lemak – Mereka yang bersenam sebelum mengambil sarapan pagi didapati mampu membuatkan badan membakar segala lemak berlebihan yang ada dalam badan ke tahap yang maksima. Badan juga memproses gula dalam badan lebih baik dan membuatkan tahap penerimaan glukos dalam badan meningkat.
  3. Memberikan tenaga lebihan sepanjang hari – Mungkin ada yang rasa bersenam waktu pagi membuatkan anda keletihan selepas itu dan kurang tenaga untuk tugasan selepasnya. Itu adalah silap menurut kajian sebenar yang dilakukan oleh pengkaji. Mereka yang dah biasa bersenam waktu pagi sebagai amalan tetap didapati telah meningkat tenaga dan kekuatan otak berada ditahap yang tinggi dan kreatif dan itu berlanjutan sepanjang 12 jam selepas bersenam.
  4. Aktiviti pembakaran kalori berterusan – Jika anda bersenam badan membakar sebanyak 420 kalori tenaga, kajian mendapati pembakaran tenaga berterusan walau anda sudah habis bersenam sehingga ke tahap 190 kalori lagi. Ini membuatkan anda bertenaga dan cergas bergerak selepas itu dan ianya kekal berpanjangan. Berbanding jika anda tidak bersenam waktu pagi, kesannya adalah pergerakan anda akan menjadi lembab dan kelihatan kurang bermaya dan asyik nak lepak dan duduk saja. Cukuplah empat faktor di atas untuk meyakinkan anda bersenam di waktu pagi. Semuanya menjurus pada tahap kecergasan maksimum sepanjang hari yang mana semua orang yang mahu bekerja perlukan untuk menjalani kehidupan yang produktif.

Sumber: KOSMO, diarisukan

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu
WhatsApp chat Nak Order Shaklee ?