Susu Pekat Ada Macam Maca Rupanya, Jangan Salah Pilih…

Susu Pekat Ada Macam Maca Rupanya, Jangan Salah Pilih…

Lepak mamak pekena teh tarik, kopi tarik? In-trend dengan bubble tea, teh ais kaw cincau? Atau sedap lagi ABC bawah pokok?

Ya, memang rasa sedap, manis dan kaw tapi tahukah apa yang diletakkan dalam minuman itu?
Susu kan?

Betulkah ‘susu’? Ataupun susu segar? susu cair? susu pekat? krimer? atau krimer manis?
Ataupun panggil ja semuanya ‘susu tin’?

“Lorhhh ada macam2 jenis ka?” Ingatkan semua ‘susu dalam tin’ tu sama ja.

Salah kefahaman tu. Hakikatnya, kebiasaannya tak guna susu tapi akan digunakan krimer atau krimer manis sahaja. Krimer ni apa pulak? Rujuk ni:

1. Susu Sejat Penuh Krim (evaporated full cream milk)
Susu yang telah disejatkan airnya, lebih dikenali
sebagai susu cair oleh orang kita.

2. Susu Pekat Manis Penuh Krim (sweetened
condensed full cream milk)
Susu yang telah disejatkan airnya menjadi lebih
pekat dan ditambah gula. Kebiasaanya ramuan
utama bukan susu tapi GULA. Rujuk pada bahan
pertama di senarai ramuan.

3. Susu Isian Sejat (evaporated filled milk)
Susu yang telah disejatkan airnya. Lemak dalam
susu tu pula telah dikeluarkan dan diganti (atau
senang cerita ‘diisi’) dengan minyak tumbuhan.

4. Susu Isian Manis (sweetened filled milk)
Sama seperti susu isian sejat dan ditambah GULA
(gula adalah ramuan utama).

5. Krimer Sejat (evaporated creamer)
Ianya berasaskan minyak tumbuhan, selalunya
minyak sawit yang telah diproses dan dilunturkan
menjadi putih seakan susu. Juga terdapat dalam
jenis serbuk (krimer kopi). Banyak digunakan dalam
minuman pracampur/ 3 dalam 1, bubble tea, carrot
‘susu’, masakan, nasi minyak, kuih, dessert dan ABC.

6. Krimer manis (sweetened creamer)
Sama seperti krimer yang berasaskan minyak
tumbuhan dan telah ditambah dengan GULA
(kandungan gula adalah ramuan utama) dan biasa
digunakan dalam minuman panas seperti teh tarik,
sirap bandung dan sebagainya di kedai makan.
Kalau lagi hipster – krimer yang berperisa (coklat,
strawberi, karamel) makan ngan roti. Biasanya,
krimer akan diberi nilai tambah dengan menambah
mineral atau vitamin. Kuantiti yang ditambah tu
jarang memberi impak baik berbanding GULA yang
kita sedia tahu implikasi kesihatan jika diambil
secara tidak terkawal.

Selama ini anda gunakan yang mana satu atau hasil yang menggunakan produk yang mana satu?

Kalau dirujuk Piramid Makanan Malaysia, hanya SUSU SEJAT PENUH KRIM (1 sajian = 2/3 cawan susu sejat) yang tergolong dalam kumpulan susu dan produk tenusu. Menurut Akta Makanan 1983 pula, krimer tergolong di bawah kategori bahan pemanis (sweetening substance).

Jadi, tak hairanlah bila negara tersenarai dalam statistik negara paling obes dan mendahului carta bilangan pesakit kencing manis yang ramai sebab kerap dan banyak mengambil minuman/ makanan berasaskannya. Bangga? Fikirkan semula, amalkan kesederhanaan!

Nota: Kebiasaannya, susu diimport dalam bentuk pepejal susu dan lemak susu yang kemudiannya diproses/ dicampur semula ke bentuk cecair sebelum dipek untuk dijual (recombined milk). Jadi, pada label ramuan akan dilabel lemak susu, pepejal susu. Malah, ada krimer sejat/ krimer manis yang masih mengandungi pepejal susu, namun kandungannya tidak sebanyak minyak tumbuhan+gula yang menyebabkan produk tersebut tidak memenuhi kriteria perlabelan sebagai susu.

Apa pun, rajinlah baca label dan kenali jenis produk. Label produk mungkin berubah mengikut formulasi terkini.

—-
Sumber: FB Bahagian Pemakanan KKM
Kredit: Thiru Kanesh, Nutritionist
Rujukan: Akta Makanan 1983

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.