TAHAN KENCING – Takut Bos Marah Tapi Akhirnya Jadi Penyakit

TAHAN KENCING – Takut Bos Marah Tapi Akhirnya Jadi Penyakit

Untuk cabaran kali ini, memang pelik sikit tajuknya, hahaha, tengoklah, apa pasal pulak tahan kencing ini ? hoo, selalu sangat ke bilik air masa kerja ? Hoo, adakah sebab anda suka minum air banyak ? Ataupun memang anda nak rehat ? Jangan sampai pulak anda terkena simptom diabetes.

Tahan Kencing

sekalipun terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Bahaya Mengikut Jantina dan Usia

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia. Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing. Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing. Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Bahaya Diabetes ?

Hahaha, lambat sangat nak buat cabaran, padahal orang lain dah sampai hari ke19, nampaknya kena kejar mengejar jugak nih, dah lama tak buat kerja depan komputer. Oklah, cerita pasal kencing tadi, memang bahaya jugak. Kalau tengok gambar kat atas tu, memang kencing kerap ialah satu tanda awal diabetes. Hoo bahaya. Rawat Segera, Apapun, kalau nak atasi diabetes, cara terbaik ialah tukar cara hidup. Memang simptom awal begini kalau dah dapat kesan, cepat cepat bertindak, jangan sampai pulak jadi parah. Hoo, so dua perkara penting nak rawat balik badan yang lemah.

  • Aktifkan Badan – apapun, kalau ada masa, takpun mesti curi masa ok, buatlah aktiviti yang berpeluh sedikit, dan berlari, ini lebih sihat, dan otak makin cerdas.
  • Makanan Berkhasiat – kena ada disiplin makan yang bagus, dan paling best ialah ambil makanan tambahan. lebih bagus lagi.

sumber: kosmo

2 thoughts on “TAHAN KENCING – Takut Bos Marah Tapi Akhirnya Jadi Penyakit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat