DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Tak Makan Nasi Boleh Kurus Ke ?

Tak Makan Nasi Boleh Kurus Ke ?

Sarjana barat percaya yang nasi mungkin penyebab kegemukan kerana kandungan kanjinya. Atau lebih tepat, nisbah “Amylose:Amylopectin” yang ada dalam nasi.
Untuk pengetahuan anda, kanji dalam karbohidrat secara asas boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan besar iaitu amylose dan amylopectin. Kedua-duanya adalah struktur gula kompleks (polysaccharide).

Amylose, juga dikenali sebagai “resistant starch” atau “Kanji rintang” adalah sekumpulan kanji yang tidak boleh dicernakan dengan mudah oleh tubuh. Kanji ini hanya boleh dicernakan oleh ‘microbiota’ atau bakteria yang ada dalam usus besar.

Secara kasar, julat nisbah Amylose:Amylopectin dalam karbohidrat adalah di antara 0.10 hingga 0.35. Makin tinggi nilai ini, bererti makin tinggi kandungan Amylose yang terdapat dalam sumber karbohidrat tersebut. Bererti makin sukarlah karbohidrat tersebut untuk dicerna. Biasanya karbohidrat yang RENDAH nilai indeks glycemic mempunyai nisbah Amylose:Amylopectin yang TINGGI.
Namun sebaliknya berlaku jika nisbah Amylose:Amylopectin ini adalah rendah. Sekiranya nilai nisbah ini semakin rendah, itu bererti kandungan Amylose dalam karbohidrat tersebut adalah kurang, lalu karbohidrat tersebut mudah untuk dicernakan.

Bila ia mudah dicernakan, maka ia mampu memberi kesan kepada kenaikan paras gula dalam darah. Bila gula darah cepat naik, insulin pun cepat naik, dan bila insulin cepat naik, maka…. (korang sambung lah sendiri apa yang berlaku seterusnya, kaitkan dengan kenaikan berat badan).

Nasi putih biasanya mempunyai nisbah Amylose:Amylopectin sekitar 0.15, sedangkan kebanyakan sumber karbohidrat kompleks seperti gandum penuh mempunyai nisbah sekitar 0.25 ke 0.30.
Berdasarkan hujah ini, maka sarjana barat sering mengaitkan nasi putih ini dengan kegemukan. Malah kajian juga telah dilakukan di peringkat makmal dan memang ada kaitan nilai nisbah ini dengan paras gula dalam darah. Malah ada juga kajian yang mengaitkan ia dengan punca diabetes.

Sekarang korang faham dah kenapa sarjana barat selalu ‘bash’ nasi sebagai makanan ruji yang menggemukkan?

Nasi Yang Menggemukkan?

Menurut Dr.Zubaidi haji Ahmad pula berkenaan pengambilan beras perang vs beras putih ketika berdiet;
“Mkn beras perang ada beza tak dari segi mengurangkan berat badan?

Beras perang juga membekalkan karbo (kalori) yang tinggi. Secara perbandingan, ia membekalkan kalori yang lebih kurang sama dengan beras putih.
Cuma kebaikannya ialah ia mempunyai banyak serat yang menjadi sumber prebiotik pada usus kita dan banyak vitamin/mineral. Serat juga menyebabkan lambat gula menyerap dalam darah.
Sementara beras putih tiada serat, mineral dan vitamin.

Lagi pun beras perang tidak sesedap beras putih. jadi ia menyebabkan kita kurang menambah nasi dalam diet kita.”

kredit: olive house seberang jaya

Leave a Reply

%d bloggers like this: