DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Tengku Zafrul Pilih Berlari Untuk Lebih Sihat

Tengku Zafrul Pilih Berlari Untuk Lebih Sihat

Bukan kerana Powder Blue

Ramai yang memuji penampilan Tengku Zafrul semasa pembetangan belanjawan Jumaat lalu. Jika anda tak tahu, warna pakaian yang di pakai beliau adalah Powder Blue!

Namun rahsia memiliki penampilan segak pada usia 47 tahun bukan hanya terletak pada baju Powder Blue tetapi dari tubuh badan yang sihat serta amalan gaya hidup sihat.

Sewaktu kita memberi alasan SIBUK dan tiada masa untuk melakukan aktiviti fizikal, senator yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perbankan ini sudah selesai sesi larian 13km pada pagi ini.

Menurut beliau,

“Ada yang bertanya mengapa saya memilih aktiviti berlari? Selain memastikan kesihatan badan, saya menggunakan masa ini untuk menenangkan minda dan bermuhasabah diri”

“Ada juga berfikir tentang isu-isu semasa atau yang berbangkit di kalangan rakyat.  Ia juga tempoh di mana saya tidak perlu “check Whatsapp” atau socmed.

Saya percaya kita perlu “pace ourselves” dalam kehidupan harian. Moga segala yang kita buat mendatangkan manfaat buat yang lain.

Bolehlah dijadikan #aginggoal untuk kita semua.. makin berumur semakin segak gitu

Leave a Reply

%d bloggers like this: