Tiada Short Cut Kalau Nak Kurus

Tiada Short Cut Kalau Nak Kurus

DULU SAYA SUKA SHORT CUT

Saya pernah try cara mudah , bajet short cut nak turunkan berat badan. Jawabnya tak jadi-jadi, terus lemah semangat. Ada yang kata makan supplement je, lepas tuh terus kurus, hoo yeke ada ?

Tapi end up dalam journey nih, apa yang lebih penting ialah PROSES tuh. Memang agak perit jugaklah, bayangkan makanan kegemaran kau, nasi lemak, nasi goreng, teh tarik, teh ais, pisang goreng, air kelapa, air mangga, semua kau kena tinggalkan demi nak lebih sihat. Itulah proses mendidik jiwa kau

Sebenarnya proses ini jangan obses sangat, tapi ingat benda ni ialah LIFESTYLE yang kau akan buat sampai bila bila. Yes, proses tuh kalau target untuk kurus, jawabnya kau buat untuk kurus je, bila dah kurus, bila dah capai target, kau tak buat dah. Hahhaa, aku just nak ingatkan diri sendiri, benda yang aku dah buat nih, ialah lifestyle, sehingga akhir hayat.

Aku semalam tengok seorang tabib cina, badan sihat, umur 82 tahun masih fit, hanya amalkan makan sekali sehari . Hahha amacam kita sanggup tak sekali sehari je makan berat ? Itupun berat berat makan tuh kena control jugak .

Memang payah nak difikirkan, dulu masa buat rutin diet nih, rasa berat sangat badan, minda, tapi fokus dan fokus, bila dah nampak hasil, kau teruskan dan fahamkan setiap satu teknik tuh ada manfaat dan kehebatannya.

Biarlah sukar sikit nak turun, tapi sangat berbaloi, baru kau tahu lepas tuh, kalau kau kembali ke lifestyle yang tak sihat, tunggulah badan kau akan kembali kembang membulat seperti dulu. WADUH !!!!

#jurnalkurusjoelabu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat