penyakit tibi

TIBI – Penyakit Batuk Kering Yang Melanda Negara Sekarang !!!

ADAKAH anda mengalami demam, hilang selera makan, batuk berpanjangan dari dua hingga tiga minggu? Jika jawapannya ia, awas kerana kemungkinan telah dijangkiti, terkena tanda penyakit tibi. Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula tanda penyakit tibi ini, antaranya termasuk pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini. Ada juga pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini. Ketahui cara terbaik untuk mencegah tibi dan diet sesuai untuk pesakit tibi.

Bahaya Batuk Kering Berpanjangan lebih 2 Minggu  

  • Sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut jika tidak dirawat
  • Ianya disebabkan oleh kuman Tibi Mycobacterium Tiberculosis
  • Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menyerang organ-organ penting lain seperti tulang, otak, kelenjar, kulit, buah pinggang dan sebagainya.
  • Kebanyakan orang yang dijangkiti, tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana sistem pertahanan badan yang kuat menghalang jangkitan.
  • Akan tetapi kuman Tibi ini akan berada di dalam badan dalam keadaan tidak aktif
  • Jika sistem pertahanan badan terjejas atau menjadi lemah.
  • Kuman Tibi yang ada dalam badan akan menjadi aktif dan membiak, ia menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.
  • Pendatang asing yang masuk secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana tidak terdedah tentang penyakit Tibi ini.
  • Penyakit Tibi boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap atau bersin.
  • Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman Tibi
  • Penyakit Tibi diluar paru-paru (EPTB) tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya.
  • Batuk berpanjangan melebihi dua minggu
  • Batuk berdarah atau berkahak
  • Sakit dibahagian dada
  • Lemah dan keletihan
  • Susut berat badan
  • Hilang selera makan
  • Menggigil
  • Demam
  • Berpeluh waktu malam

  • Mereka yang dijangkiti AIDS (Virus HIV)
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan penyakit Tibi yang tinggi
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV
  • Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberi suntikan imunisasi BCG
  • Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada kesan parut dan pada umur 12 tahun
  • BCG diberikan secara percuma di semua Hospital serta Klinik Kesihatan Kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
  • Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
  • Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan
  • Pembawa HIV
  • Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
  • Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
  • Warga tua
  • Perokok tegar

Batuk kering disebabkan oleh jangkitan kuman ‘tubercle bacilli’ yang disebarkan oleh titisan udara apabila pesakit yang mempunyai kuman aktif batuk. Paru-paru adalah organ utama yang selalu dijangkiti. Ia juga boleh melibatkan otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Bahaya Batuk Kering Berpanjangan lebih 2 Minggu  jika ianya adalah tibi. Tibi boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul
Bahaya Batuk Kering Berpanjangan lebih 2 Minggu  

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti diatas, anda perlu mendapatkan ujian kahak di klinik atau hospital serta melakukan ujian sinaran X (x-ray). Pengesahan penyakit dan rawatan batuk kering terdapat di mana-mana klinik kesihatan dan hospital kerajaan.
Sekiranya tidak dikesan, virusnya boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Ahli keluarga dan orang berdekatan dengan pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
seseorang perlu pergi berjumpa doktor jika batuk berpanjangan lebih daripada tiga minggu, sesak nafas, atau mengalami kesakitan teruk atau pengsan. Batuk juga perlu dirujuk pada doktor jika membawa kepada masalah lain seperti muntah darah, batuk anda begitu teruk sehingga tak dapat tidur malam atau anda bimbang tentang punca batuk.

DOTS (Directly Observed Treatment-Shortcourse) atau Pengawasan Rawatan Jangka Pendek Secara Terus merupakan strategi yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk merawat penyakit TB.
Prinsip-prinsip DOTS adalah:

  1. Pesakit perlu mengambil ubat selama 6 bulan – supaya semua kuman di dalam dan di luar sel badan dapat dibunuh sepenuhnya.
  2. 2 bulan pertama pesakit diminta menelan setiap dos ubat setiap hari dengan disaksikan oleh anggota kesihatan yang terlatih.
  3. Pada peringkat sambungan selama 4 bulan pesakit perlu mengambil ubat 2 kali seminggu di bawah penyeliaan seseorang yang dilantik.

Ubat yang biasa diberi untuk rawatan tibi adalah isoniazid, rifampicin, pyrazinamide, streptomycin dan ethambutol.
Sama seperti antibiotik lain, ubat-ubat untuk tibi juga memberi kesan sampingan termasuk loya, muntah, rasa gatal badan dan keletihan.
Dengan rawatan yang sempurna pesakit boleh sembuh sepenuhnya.
Selain rawatan di hospital, pesakit tibi juga perlu memastikan mereka makan makanan yang terbaik untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Makanan terbaik adalah makanan yang seimbang, cukup zat nutrisi.
Akan tetapi dengan kesakitan yang ditanggung, pemakanan yang semakin kurang nutrisi, pesakit boleh mencuba vitamin untuk membantu melengkapkan nutrisi yang badan sangat perlukan untuk melawan virus.

TELUK INTAN – Biarpun pada mulanya mengalami trauma dan tekanan emosi, tiga bekas pesakit Tibi akhirnya bebas daripada penyakit itu ( berjaya sembuh tibi )  dalam tempoh enam bulan
Pelajar tingkatan 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Nor Hidayu Abdullah, 17, mengakui berkat sokongan keluarga dan rakan selain kesabaran yang tinggi, dia sembuh sepenuhnya dalam tempoh berkenaan.
Menurutnya, dia mengalami Tibi Kelenjar menyebabkan wujud ketumbuhan pada lehernya setelah membuat beberapa kali pemeriksaan kesihatan.
“Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan saya mengidap Tibi Limpa, tetapi menasihatkan supaya jangan bimbang kerana penyakit itu boleh sembuh dengan meminta tidak berhenti makan ubat dari hospital,” katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menceritakan pengalamannya bersama dua lagi bekas pesakit sempena sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat Negeri.
Sementara itu, Nadia Mohd Fauzi, 26, berkata, dia mengalami penurunan berat badan secara mendadak diikuti demam di sebelah petang dan berpeluh dalam kuantiti yang banyak.
“Doktor mengesahkan saya mengidap sakit Tibi Paru-paru yang menyebabkan ruam di seluruh badan.
“Selain makan ubat saya juga menerima suntikan dalam badan selama dua bulan dan berkat kesabaran penyakit berbahaya ini sembuh dalam tempoh enam bulan saja,” katanya.
Shamsuddin Mat Nor, 49, mengalami batuk berterusan selama dua minggu dan doktor mengesahkan kahaknya dijangkiti kuman Tibi.
Dia yang juga seorang pekerja kampung dan bapa kepada dua anak turut berterima kasih keluarga serta masyarakat kerana bersimpati dengan penyakitnya.
“Saya ingin menasihatkan mereka jangan panik dan risau kerana penyakit itu boleh sembuh jika makan ubat mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Saya gembira kerana keluarga dan masyarakat sekeliling tidak menyisihkan saya sebaik saja sembuh dari penyakit Tibi,” katanya.
Sumber Sinar Harian

1. VIVIX

vivix shaklee

  1. VIVIX™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
  2. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik.
  3. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
  4. Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.
  5. Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
  6. Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.

2. NUTIFERON

nutriferon shaklee

  1. Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.
  2. Ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi.

3. Vitamin C

tanda penyakit tibi

  1. Ia membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan infeksi bakteria.

BENARKAH VITAMIN SHAKLEE BERKESAN ?

Jika anda mempunyai tanda tanda ini, sila berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan lanjut.

Sila hubungi saya jika anda mahukan vitamin untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Duit memang besar nilainya apabila kita sihat, tetapi tidak bernilai bila kita sakit!!

Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya.

Anda boleh mengambil suplemen asas untuk seisi keluarga anda.

Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.

BAGAIMANA NAK DAPATKAN VITAMIN SHAKLEE ?

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Ainul Mustafa  013-3612717

atau klik icon di bawan ini.

order shaklee online

ATAU

daftar ahli shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

Sumber Kosmo Dr. Patrick Chan, perunding Pediatrik dan Dada.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.