DIET DIET SIHAT

PENGEDAR VIVIX PALING TOP DI MALAYSIA

Tips Bagaimana Cek Tarikh Luput Kosmetik

Tips Bagaimana Cek Tarikh Luput Kosmetik

*1. Maskara*

▪Tarikh luput maskara sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja. Jangan menggunakan produk ini selepas tempoh tersebut. Anda boleh ketahui ia tamat tempoh apabila maskara mula mengering dan keras apabila diaplikasikan pada mata. Jika masih menggunakannya, mata anda boleh dijangkiti kuman dan gatal.

*2. Eyeliner*

▪Penggaris mata juga tidak dapat bertahan lama. Untuk jenis cecair, tarikh luput sekitar 3 hingga 4 bulan sahaja. Bagi penggaris mata jenis batang, ia mampu bertahan hingga 6 bulan.

*3. Bedak asas jenis cecair*

▪Bedak asas jenis cecair mesti dijaga dengan rapi agar tidak masuk angin. Jika dijaga dengan elok, jangka hayatnya boleh bertahan hingga satu tahun. Namun, jika anda lihat bedak asas bertukar warna ataupun berbau, elakkan daripada menggunakannya. Ia boleh menyebabkan alahan kulit kerana bedak tersebut telah dijangkiti bakteria.

*4. Pembayang mata dan pemerah pipi*

▪Pastikan produk ini sentiasa bertutup dan kering. Produk² solekan jenis serbuk boleh bertahan 2 hingga 3 tahun. Jangan sesekali dedahkan produk di tempat yang panas, ia menyebabkan produk mudah rosak.

*5. Gincu bibir*

▪Jangan sesekali meninggalkan gincu anda di tempat yang panas seperti di dalam kereta. Ia membuatkan gincu anda menjadi berminyak, cair dan bertukar warna. Pastikan gincu sentiasa ditutup dan diletakkan di tempat yang mempunyai suhu bilik. Jika dijaga dengan rapi, gincu mampu bertahan sehingga dua tahun.

*6. Berus solekan*

▪Ramai yang kurang peka mengenai penjagaan berus solekan. Berus yang tidak bersih boleh menjadi ejen utama penyebaran bakteria pada kulit. Jika anda menggunakan berus setiap hari, bersihkannya setiap minggu. Berus yang dijaga rapi boleh bertahan sehingga 2 tahun.

📝 _Penting untuk anda ketahui tarikh luput kosmetik kerana jika tidak dijaga dengan baik, ia merupakan salah satu faktor kulit anda rosak. Sekian petikan dari Jelita._

@petuabonda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat