Tips Beli Santan Kotak

tips beli santan kotak

Tips beli santan kotak? Sebelum bandingkan harga, disarankan bandingkan kandungan lemak terlebih dahulu.. Ada 4 jenis sebagai contoh kat sini

1) santan kara -kandungan lemak 24g per 100g
2) santan ayam brand biasa – lemak 20.5g per 100g
3) santan ayam brand 45% kurg lemak (reduced fat) – lemak 13g per 100g
4) santan ayam brand super light 75% kurg lemak – lemak 5g per 100g

Kolesterol semua 4 jenis ni TAK ADA KOLESTEROL sebabnya kolesterol ada dlm makanan berasas haiwan SAHAJA.

Tapi kenapa kena kurangkan makanan bersantan? Sebab kandungan lemak tepunya yg tinggi. Lemak dan kolesterol benda berbeza ya….

Kalau nak ganti santan dgn susu masa masak2 lg bagus. Boleh guna susu low fat saja buat kari…sodappp ? Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Terengganu

Nasihat yg Bagus utk hidup lebih sihat.

1. Ingat, Kita gemuk bukan kerana Lemak. Tapi kerana Gula (Nasi,Mee,Tepung etc…). Kurangkan Gula.

2. Kita wajib hidup sihat. Pencen sihat. Mulakan dari sekarang.

3. Kanser aktif bila byk gula. Puasa boleh membunuh cancer.

4. Minum kopi o kosong campur dengan santan. Butter or santan, sebab lemak sgt penting dlm badan kita. Tenaga daripada gula tidak tahan lama.

Coach Zack
Sembang Santai Sihat

ADA APA DENGAN MARJERIN?

Tahukah Anda? Marjerin pada asalnya merupakan bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey).

Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega.

Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin.

Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.

Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai! Ianya lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda.

Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda.

Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

sumber : sentiasapanas

Bahaya Steroid Dalam Jus Islamik

Jika anda ditawarkan dengan Jus Kesihatan dengan pelbagai manfaat kesihatan dan mendakwa mampu menjadi penawar kepada pelbagai masalah kesihatan, sila berhati hati kerana ia mungkin produk yang mengandungi steroid.

Steroid mempunyai sifat anti radang yang mampu memberi kesan SEGERA dan pantas. Anda mungkin rasa lebih bertenaga, hilang kesakitan sendi dan rasa lebih sihat selepas minum. Namun kesan jangka panjang pengambilan produk mengandungi steroid lebih membimbangkan.

Penggunaan nama islamik, label makanan sunnah, gambar Pak Haji adalah bertujuan untuk mempengaruhi pembeli dari golongan kumpulan sasaran – Warga tua dikalangan muslimin dan muslimat.

Contoh kes pembongkaran produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar telah membuktikan , produk seperti ini BUKAN dihasilkan oleh usahawan muslim. Tetapi mereka bijak menggunakan nama islamik untuk memperdayakan masyarakat.

Jika anda benar benar mahukan khasiat buah, khasiat madu atau kurma, pilihlah bahan sebenar yang asli. Tidak perlu pilih produk pra campuran yang mahal harganya. tips beli santan kotak

ACRYLAMIDE DALAM MAKANAN

?? Acrylamide adalah bahan kimia yang digunakan dalam perindustrian tertentu. Seperti membuat kertas, pewarna dan plastic.

?? Bahan kimia ini juga boleh terbentuk secara semula jadi dalam beberapa makanan berkanji semasa apabila makanan tersebut dimasak dengan suhu tinggi, seperti menggoreng, memanggang & membakar.

Contoh Makanan :

  • Kentang goreng
  • Roti bakar
  • Mee goreng
  • Kentang bakar
  • Nasi goreng
  • Kerepek pisang

Tips Mengurangkan Acrylamide Dalam Makanan

  • Masak makanan berkanji sehingga berwarna emas kekuningan
  • Rendam kentang di dalam air selama 15-30 minit atau celur di dalam air mendidih
  • Ikut cara penyediaan makanan daripada pengilang agar suhu tidak terlalu tinggi
  • Tidak menyimpan ubi kentang di dalam peti sejuk

DOKTOR, APA ITU ACRYLAMIDE ?

1. Baru-baru ini heboh mengenai beberapa biskut di Malaysia yang mengandungi acrylamide yang bersifat pro-kanser yang boleh menyebabkan kanser.

2. Biskut ini pula telah lama di pasaran dan dimakan sebagai kudapan sejak dulu lagi.

3. Tapi apakah sebenarnya acrylamide? Secara amnya acrylamide adalah sebatian yang terbentuk semasa pemanasan makanan yang berasaskan karbohidrat dan protein pada suhu melebihi 100 darjah Celsius, iaitu, semasa menggoreng, mwmanaskan dan membakar.

4. Pembentukan sebatian ini bergantung kepada tiga faktor.

✅ Faktor makanan: berlaku pada makanan yang kaya karbohidrat, dan makanan berprotein. Kedua-dua makanan ini apabila terdedah pada suhu tinggi menyebabkan tindak balas kimia dipanggil de Maillard, yang membawa kepada pembentukan acryilamide.

✅ Faktor suhu. Semakin tinggi suhu yang digunakan, semakin tinggi kandungan acrylamide dalam makanan. Acryilamide mula dibentuk pada suhu 175 darjah celcius dan lebih ketara pada suhu melebihi 200 darjah celcius.

✅ Faktor masa. Semakin lama ia dipanaskan, semakin tinggi tahap acryilamide. Ini termasuk pemanasan yang berulang-ulang.

5. Oleh itu selain biskut, acrylamide boleh didapati pada kentang jejari goreng, kerepek kentang, cookies, kacang goreng, roti bakar, produk roti dan banyak. Daging yang dibakar seperti sate dan yang disalai juga mungkin mengandungi acrylamide.

Oleh itu dicadangkan:

?Kurangkan hingga maksimum waktu menggoreng, membakar dan memanaskan makanan.

? Jangan masak terlalu banyak. Jika tidak habis, kita mungkin akan memanaskan beberapa kali.

? Makanan yang tebal akan menyebabkan kita menggoreng dan membakarnya lebih lama. Makanan yang lebih nipis tentu akan lebih pendek masa memasaknya.

? menyapu cookies dengan telur atau kuning telur akan mengurangkan tahsp acryilamide.

? jika kita membuat kentang goreng dalam oven, pastikan disusun atas pinggan sama rata. Jangan memasukkan terlalu banyak.

? Merebus adalah pilihan lebih baik.

? elakkan memanaskan makanan berulang kali.

? jika kita menggoreng, elakkan menggunakan suhu yang tinggi sehingga minyak berasap. Tahap ini bermakna minyak telah mencapai ‘smoking point’. Ia mengubah struktur minyak menjadi transfat dan pro-keradangan. Makanan juga mempunyai lebih banyak acryilamide.

7. Memang benar bahawa mustahil untuk kita menghalang pembentukan acrylamide dalam makanan kita, tetapi kita boleh mengurangkannya.

Semoga bermanfaat. Ikuti perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am di Telegram berkaitan kesihatan, pemakanan dan ubat-ubatan. tips beli santan kotak

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply