DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Tips Diet

Tips Diet

Tips Diet Bertangguh bukan malas

Pagi ni, kak ifaz dapat ilmu baru. Tentang procrastination (bertangguh). Rupanya bertangguh ini bukan sejenis kemalasan. Tapi ia adalah cara berhadapan dengan stress.

Cuba kita fikir semula. Biasanya kita akan bertangguh untuk bekerja, buat exercise turunkan berat badan dan untuk bina sesuatu habit yang baik. Tapi kita tak bertangguh untuk buat benda yang kita suka, layan youtube, scroll media sosial, tengok kdrama.

Setuju?

Sebab untuk bina habit yang baik tak mudah. Jadi kita cenderung untuk bertangguh.

Ala, esok la diet.
Ala, esok la buat kerja tu.

Sebenarnya bila kita bertangguh, kita sedang buat sesuatu untuk legakan stress kita. Tengah buat kerja, kita scroll media sosial. Kerja pun bertangguh. Ada satu hormon kat otak akan dirembes dan kita rasa kurang stress.

Masalahnya ia bersifat sementara sahaja. Orang yang sekali bertangguh, akan bertangguh lagi dan lagi.

Sebab apa? Sebab otak kita craving for rasa ‘kelegaan dari stress’ itu.

So, apa langkah pertama untuk kita kurangkan sifat bertangguh.

Mel Robbin, penulis buku The 5 second Rule kata, langkah pertama adalah MAAFKAN DIRI SENDIRI sebab bertangguh.

Sejujurnya kak ifaz rasa terkejut dengan saranan penulis ini. Tapi, bila difikirkan balik, betul juga. Bila kita selalu blame diri sebab bertangguh, kita lagi stress, lagi kita susah nak teruskan kerja itu.

So, stop blame diri sendiri. Bina rasa percaya yang kita boleh ubah diri

STEP KEDUA : Bayangkan apa kita nak jadi akan datang, bina vision board

Contohnya: kita nak kurus. Bila kita rasa nak bertangguh untuk exercise dan jaga makan, Vision board kita bantu kita untuk kembali on track.

STEP KETIGA: Just get started.

Buat sahaja apa yang perlu kita buat. Kira 5, 4, 3, 2, 1 dan terus bangun dan buat.

Boleh Buat benda senang dulu sebagai permulaan. Buku ‘ The Atomic Habit’ banyak bagi tips. Antaranya buat sesuatu tu tidak lebih 2 minit untuk permulaan.

Contoh nak rajin baca buku. Untuk permulaan, baca buku tidak lebih 2 minit. Esoknya pun sama. Baca untuk 2 minit lagi. Dan seterusnya. Kita akan cenderung untuk baca lebih lama selepas itu.

Moga kita sama-sama dapat lawan PROSCASTINATION / SIFAT BERTANGGUH kita dan jadi lebih produktif. Ini pesanan untuk diri sendiri ni. Haha.

Moga dapat belajar sesuatu.
NAK KURUS PILIH MAKANAN THOYIBAN, AZKA

Baca balik tips dr norman norawi nih bukanlah sukar mana. Tapi kena faham konsep dan disiplin yang betul, baru boleh jadi.

Cuba baca tips no1 sampai no3, ianya lebih kepada mengelak , mengurang, atau buang terus makanan yang diproses, artificial, dan seangkatan dengannya. Dalam surah alkahfi ayat ke 19, ada istilah AZKA, yang lebih suci,pure. Surah ni pun untuk elak fitnah akhir zaman. Jadi salah satu nak survive akhir zaman ialah pilih makanan yang lebih natural , lebih pure, kurang diproses.

Tips selanjutnya pun mudah, pilih makanan yang THOYIBAN. Makanan thoyiban pun dari tanah, tentunya natural , yang Allah buat. Lagi satu makanan thoyiban pun ada ciri ciri therapuetic, boleh menyembuhkan dan menyihatkan badan.

Abam ada masalah harituh, berat susah nak turun. Harituh tersekat dekat 64kg. Sebelum nih makan main bedal je. Makan je kuih muih waktu petang, bedal makanan proses macam mee, roti, biskut jajan semua. Lepas tuh abam tengok dokumentari netflix ” The Game Changer”, terus rasa nak tukar ke plant based diet dan cuba buang makanan proses kuih muih . Lepas tuh banyak makan buah waktu snacking. Macam biasa abam pengamal IF sekian lama sampai sekarang.

Bila mula kurangkan ayam,daging,ikan,telur, kuih,biskut,jajan,roti,mee, baru berjaya pecah berat statik 64. Perut rasa lebih senang membuang . Memang nak target sebelum raya dapat cecah berat bawah 60kg, bmi bawah 23 level asian. Badan akan terkejut sekejap, tapi lama lama rasa enjoy. Takdelah masak clean sangat, tapi makin lama makin ok.

Apapun ingat dua ni, THOYIBAN dan AZKA. Nanti ada progress lain, abam share. Bolehlah cari baju raya slim fit kalau perut dan mengempis.

Ramai yang ingin berdiet, tapi belum dapat motivasi secukupnya. Tengok orang kurus, teringin nak kurus. Apatahlah lagi tengok orang berkulit cantik, bertudung cantik dan berbaju cantik. Ramping pulak tu. Macam usia 30-40an walaupun usia sudah mencapai usia pencen.

Rasa teringin. Tetapi belum cukup. Keinginan diterjemahkan ke dalam bentuk tindakan. Tindakan yang bersungguh-sungguh.

Tapi kita masih lagi struggle dengan nafsu makan kita. Kalau bulan puasa, kita tak ada masalah untuk berpuasa. Di luar bulan Ramadhan rasa tak berdaya walaupun baru makan 2 jam lepas. Perut rasa nak makan sentiasa.

Puncanya kita tak fokus. Fikiran kita sibuk dengan memikirkan tugas yang mencabar. Kita stress. Kawan ajak makan. Akhirnya diet kita ke laut. Orang kata Diet Nelayan. Hahaha. Pagi-pagi dah ke laut.

Tips yang saya kongsikan adalah kita rancang apa yang nak kita makan. Waktu pagi nak makan apa, waktu tengahari nak makan apa dan waktu malam nak makan apa?

Seeloknya kita ‘tulis’ dalam otak kita. Takut lupa? Kita tulis dalam diari. Tak ada diari? Tulis dalam henfon kita. Tak ada henfon, tak ada diari, tak mampu tulis dalam fikiran? Saya ucapkan bye-bye.

Sebab dalam hidup kita ini semua berdasarkan pilihan kita. Kita memilih untuk masa depan kita. Jadi rancang pilihan kita. Jika tidak kita akan terperangkap dengan nafsu sendiri.

Jangan salahkan kawan-kawan, jangan salahkan pasangan, jangan salahkan kenduri kendara. Itu yang memilih apa yang hendak kita makan pada hari itu.

Jangan terikut-ikut. Jangan nak tadah mulut je. Ingat, kita bertanggungjawab atas pilihan kita.

Jadi apa menu kita pada hari ini ? Pagi ini saya bersarapan dua biji telur rebus bersama sedikit sambal tumis dan kopi O.

Semangat sikit… Semoga Allah permudahkan urusan kesihatan kita. Sihat, bertenaga dan dapat memberikan manfaat pada orang lain.
TIPS NAK TIMBANG BERAT BADAN.

Menimbang berat badan satu proses yang sangat Mesteri. Ada yang tertunggu tunggu dan ada yang rasa takut untuk memijaknya.

Tapi proses timbangan adalah satu proses yang diperlukan bagi pantau berat badan kita naik atau turun.

Dengan memantau berat badan kita samada naik atau turun akan membolehkan kita mengatur strategi seterusnya.

Tapi perlu diingat, penimbang berat badan perlu kita pijak dengan ilmu. Kalau main timbang banyak padahnya. Paling buruk ialah kita patah hati dan putus asa.

TIPS NAK TIMBANG BERAT BADAN

Naik penimbang untuk timbang berat badan semasa diet adalah saat mendebarkan. Saat nombor keluar dari penimbang boleh menentukan kemana arah tujuan kita selepas itu. Ada yang akan terus bersemangat kerana ada penurunan berlaku. Ada yang hampir atau putus asa bila berat tak berubah atau meningkat.

Perasaan akan lebih terganggu bila kita dah jaga makan dan workout utk turunkan berat badan tapi hasilnya adalah berat semakin naik!!! Atau tak berubah!!!! Kalau nak bercakap pasal penimbang ni, ramai yang patah semangat dan give up sbb penimbang. Kenapa hal begini berlaku? Sebab sebenarnya ada tips dan cara untuk kita naik penimbang ni.

Saya kongsikan 4 tips yang saya amalkan untuk naik penimbang berat badan.

1. Seminggu sekali, kalau gagah 2 minggu sekali, jangan buat hari hari. Ya timbang berat badan anda seminggu sekali. Contohnya setiap hari khamis.

Sebenarnya kekerapan timbang terpulang pada individu, saya pernah lalui timbang setiap hari, seminggu sekali dan kadang tu 3 bulan tak timbang pun. Ianya bergantung kepada apa yang kita nak capai dengan matlamat kita. Jika kalian baru nak bermula turunkan berat badan, dua minggu sekali amat sesuai untuk diamalkan.

2. Pakai penimbang yang sama setiap kali. Jangan tukar penimbang lain. Sebab pengalaman saya, setiap penimbang bagi result Yang berbeza beza. Saya tak tahu kenapa. Malah, letak penimbang pada lokasi yang sama juga tips yang baik. Permukaan lantai mainkan peranan ketepatan bacaan. Pastikan ianya rata, dan keras. Jangan letak atas karpet yer.

3. Timbang berat badan selepas anda bangun pagi, dan yang penting selepas anda buang air kecil dan buang besar.

4. Naik penimbang tanpa sehelai benang. Ini memastikan tiada faktor lain yang diambil kira semasa menimbang.

Dan paling penting, results yang keluar diterima dengan syukur. Kalau tubuh anda naik, anda kena faham kadang kadang banyak faktor selain lemak. Mungkin berat yang naik tu adalah air, atau mungkin muscle dan juga mungkin bahan buangan tubuh yang masih ada dalam tubuh.

Nanti saya ulas pula pasal hal ini nanti. Kalau mampu anda digalakan guna penimbang yang mengukur kandungan lemak, otot dan air dalam tubuh.

Assalamualaikum. Snacking pagi saya kurma snickers 3 biji…filling peanut butter homemade lulus diet , salut dark coklat. Tabur sikit kelapa kering nak bg cantik 🤩

Snacking pagi adalah hidangan antara makan pagi dan makanan tengahari. Snacking ptg pula ntara makanan tengahari dengan makan malam.

*KEPENTINGAN SNACKING*
1-Snacking penting untuk stabilkan gula dalam darah.
2-Snacking membantu kenyang lebih lama.
3-Snacking meninggikan metabolisma dan membantu membakar lemak lebih laju.
4-Snacking memberi tenaga sepanjang hari.
5-Snacking mengawal nafsu makan yang berlebihan ketika makan berat.

Orang yang mengamalkan snacking biasa akan turun berat lebih laju berbanding yang tidak snacking.

Putus asa
Kadang kala hilang arah tuju.
Jenuhnya duk nak turunkan berat badan.
Turun 1kg naik 2kg.
Sampai bila nak struggle macam ni?

Yea, saya terpaksa akui proses ini bukan satu hal yang mudah. Ianya sangat mencabar. Sehari dua ni ramai yang saya kenal mula ada sedikit runggutan. Usaha nak turunkan berat badan turun naik dan mereka seolah letih.

Sebagai insan yang dah lalui fasa itu saya sebenarnya faham sangat apa yang mereka lalui. 65kg yang saya berjaya singkir bukanlah sempurna kilo demi kilo. Perjalanan setahun yang saya lalui penuh naik turun dan ada masanya perkataan JENUH keluar juga.

Mana tidaknya, kita melanggar kebiasaan kita sendiri. Makan bertambah, makan ikut suka, semua kita tinggalkan dengan persempadanan baru. Proses ini paling susah dan mencabar. Nafsu nak makan benda lain, nafsu nak makan banyak tapi kita kena pilih yang lain demi mengatur balik kesihatan dan tubuh kita.

Cuma dalam jenuh, dalam mencabar saya berjaya. Bukan saya seorang, ramai diluar sana berjaya turunkan berat badan mereka. Bukan 2,3 kg ada yang berjaya turun beratus kg.

Jadi saya nak kongsi tips mudah bagi kalian yang berasa JENUH bagi mengatasi masalah ini.

1. Berfikiran dengan mentaliti yang betul! Ini paling penting. Faham dan terima hakiki proses penurunan berat badan sememangnya mencabar dan butuhkan masa yang lama. Bila mana kalian berfikir dengan fikiran yang betul JENUH akan mula hilang, kerana perasaan jenuh hanya datang bila kalian mula nak proses itu senang dan cepat.

2. Ikhlas dalam usaha kalian. Ingat, penurunan kilo demi kilo berlaku hanya bila kalian bertindak atas keputusan yang diambil. Tiada kilo yang akan turun hanya dengan harapan dan angan. Jika kg kalian tak turun malah naik, ianya adalah disebabkan kalian sendiri. Untuk mengecapi kejayaan kalian perlu BERHAK atas kejayaan tersebut.

3. Ambil masa rehat. Ada masa kita rasa kita dah buat macam macam. Dah struggle sangat, tapi hasilnya tak ada, penimbang masih di angka yang sama. Ya, ada masa berlaku hal begini atas sebab tubuh punya mekanisme operasi tersendiri. Ada masa kita rasa patut turun tapi tak. Tubuh ada akal tersendiri sebenarnya. Dia tak ikut akal kita semudah kita sangka. Kita nak dia bakar lemak, rupanya dia simpan lemak, hal ini berlaku atas sebab sebab teknikal. Jika kalian difasa ini ambil masa berehat. Keluar dari apa yang kalian tengah lakukan tu. Beri masa fikiran dan tubuh kalian berehat dari tekanan aim kalian nak turunkan berat badan. Berapa lama? Seminggu mungkin atau tak salah pun untuk rehat selama sebulan. Asalkan kalian tidak terleka lantas terlupa niat kalian nak perbaiki diri dan turunkan berat badan.

4. Cari group Support yang kalian suka. Berlambak diluarsana group diet, join yang mana kalian rasa baik dan kena dengan jiwa kalian. Ini amat membantu! Berkongsi pengalaman orang lain mungkin akan membantu kalian. Saya sarankan join group Jom Mula Group dimana kita tak kira jenis diet, tak kira dari coach mana pun bersatu menginspirasikan sesama kita.

4 perkongsian saya bukanlah ultimate. Mungkin ada cara lain. Kalau ada mungkin boleh komen dibawah. Sama sama kita belajar mengatasi JENUH yang meragut banyak impian dan usaha mereka yang nak turunkan berat badan.

“Mendapat otot adalah sangat sukar. Dan sangat lambat.”

YUP.

Tiada jika, dan atau tetapi tentangnya.

Memperoleh otot boleh menjadi proses yang sangat mencabar dan perlahan.

Dan selalunya LEBIH SUKAR semakin berpengalaman anda seorang yang bersenam.

Lyle McDonald menentukan purata ini untuk jumlah potensi otot yang diperoleh berdasarkan pengalaman bertahun-tahun mengangkat….
1 tahun – 2 lbs sebulan
2 tahun – 1 lbs sebulan
3 tahun – .5 lbs sebulan
4 tahun – 2-3 lbs setahun

Apatah lagi ia juga semakin mencabar apabila usia semakin meningkat.

Ya, anda membacanya dengan betul….Ia adalah proses yang lebih perlahan lebih maju seseorang yang bersenam dan pengangkat. DAN ia lebih sukar apabila anda semakin tua, terutamanya dengan perubahan hormon yang berlaku melalui semua peringkat menopaus.

Sekarang perhatikan…

Saya tidak pernah berkata mustahil atau tidak boleh dilakukan.

Jadi berhenti cuba memberi alasan kepada diri sendiri untuk tidak membuat beberapa perubahan dan lihat keuntungan ituzzzz.

Saya cuma kata LEBIH KERAS.

Dan apa yang sebenarnya bermakna “lebih sukar” ialah anda sebenarnya perlu mempunyai semua sistem didail masuk untuk berfungsi bersama berdasarkan keperluan dan matlamat semasa ANDA.

Anda tidak boleh hanya merangkai perkara bersama-sama dan berharap ia berfungsi. Atau lakukan apa yang “berfungsi pada masa lalu” dan anggap ia akan berfungsi sekarang.

Dan anda tidak boleh berputus asa pada tanda pertama bahawa kemajuan tidak berlaku dengan cukup pantas.

Anda perlu bersedia untuk konsisten melepasi tahap yang anda mahu berhenti.

Kerana senaman dan diet anda benar-benar perlu bekerjasama.

Tanpa cabaran dan perkembangan yang betul di gim, anda tidak akan memaksa otot anda untuk menyesuaikan diri dan tumbuh semula dengan lebih kuat.

Tanpa pemakanan yang betul, anda tidak akan mencipta persekitaran anabolik dan tidak memberikan otot anda bahan api yang mencukupi untuk membaiki dan membina semula.

Dan tanpa kedua-duanya bekerja bersama-sama, anda hanya boleh mengalahkan diri sendiri tanpa memberi diri anda bahan api atau masa yang sesuai untuk pulih dan membenarkan segala-galanya menjadi lebih kuat.

Itulah sebabnya saya ingin berkongsi 3 petua ini untuk membantu anda mendail kedua-dua diet dan senaman anda untuk bekerja ke arah penambahan otot tersebut (ya anda perlu mempunyai z di sana untuk menjadikannya lebih geram) sambil membantu anda mengelak daripada mendapat banyak perkara yang tidak perlu atau lemak yang tidak diingini.

3 Petua Untuk Membantu Anda Membina Otot Dan Menghilangkan Lemak Pada Masa yang Sama:

Leave a Reply

%d bloggers like this: