DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Tips Perut Kempis

Tips Perut Kempis

TIPS PERUT KEMPIS
πŸ†πŸ†πŸ†πŸ†πŸ†πŸ†πŸ†πŸ†

Perut yang buncit berkait rapat dengan visceral fat level dan pemakanan anda.

Inginkan perut yang kempis, kawallah visceral fat level anda:

1. MAKAN IKUT WAKTU
2. MAKAN CUKUP CARBO SUKU, PROTEIN SUKU, FIBER SEPARUH.
3. JANGAN MAKAN LEBIH DARIPADA BMR KITA
4. TIDUR YANG CUKUP
5. JANGAN STRESS
6. AMALKAN GAYA HIDUP AKTIF
7. ELAKKAN LEMAK TRANS DALAM MEAL ANDA
8. KURANGKAN MAKANAN BERGORENG, BERGULA DAN GARAM.
9. MINUM CUKUP AIR KOSONG.
10. MAKAN MAKANAN RENDAH GI & KALORI
11. MAKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN OMEGA 3 SEPERTI FISH OIL.

Ingat, untuk kurus dan fit, 80% datang dari pemakanan dan 20% datang dari senaman.

Soalan selalu ditanya;

Kalau SIT UP bole ke turunkan perut buncit*?

Buatlah 1001 crunches pun, tetap tak bakar lemak perut atau “belly fat” tapi boleh kuatkan otot perut iaitu rectus abdominus saja. Nak bakar lemak perut adalah berbeza.

*Kunci utama yang paling penting yang perlu kita jaga ialah nutrisi seimbang serta diet sihat konsisten setiap hari*. Ambil protein sihat & serat sangat membantu. Buat boleh kalori defisit tapi jangan terlalu rendah kalori sebab nanti counterproductive.

*Nak senaman abs boleh tapi mesti dibuat selari dengan diet sihat, tak boleh bergantung kepada senaman abs saja*

Gabungkan diet sihat nutrisi seimbang dengan senaman abs ringkas tapi intensi tinggi.

Dinner saya jam 8 mlm;

Simple dinner but complete carbo, protein & fiber. Chicken wrap. Takde gorengΒ². Saya punya meal extra protein sebab saya underweight. Yang overweight kena kurangkan portion protein.

Nak fit, tak perlu letak sos, mayonis, cheese. Jangan rosakkan meal anda.

Dalam sos ada banyak gula & sodium. Gula tinggi GI. Bila tinggi GI, akan cepat rasa lapar. Rasa nak makan, dan makan lagi. Terlebih sodium membuatkan badan anda menyimpan air (water retention). Mayonis & cheese akan menambahkan lagi kalori.

Sekian ilmu kempis perut.

Leave a Reply

%d bloggers like this: