DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Tips Turun 50 Kg Dalam Setahun

Tips Turun 50 Kg Dalam Setahun

Hari ini saya akan kongsikan amalan seharian saya sehingga ke tahap ini. Tempoh masa yang diambil setahun (May 2019 – May 2020, bersamaan 116kg ke 66kg)

1) Wajib ambil sarapan pagi, jangan pernah skip langsung walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7.00 hingga 8.00 pagi. Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus/separuh masak 2 biji, pisang/ jambu batu/yogurt greek.

2) Jam 10.00-11.00 pagi, makan lagi buat mcm snacking sambil2 buat kerja tu buat snacking seperti kekacang, jambu batu atau epal.

3) Jam 1.00-2.00 ptg lunch time. Wajib ambil lunch ye! Jgn sesekali skip! Lunch yg biasa diambil segenggam nasi putih pastikan sebesar penumbuk, ayam/ikan/tempe (sumber protein paling baik!) dan sayur sayuran (protein dan sayur sayuran pastikan yg tidak bergoreng)

4) Jam 3.00-4.00 ptg buat snacking lagi seperti epal/kekacang/jambu batu/buah naga/pisang

5) Jam 5.30-6.30 ptg ambil masa untuk workout atau buat kardio atleast 30 minit! Saya selalu akan jogging atau hiking.

6) Jam 7.00-7.30 mlm dinner time. Saya elakkan nasi utk waktu malam. Tp saya akn ambil sumber protein yg byk untuk naik kan muscle hasil penat dari workout. Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur sayuran untuk satu pinggan yg besar. Antara sayur sayuran yg bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.

7) Jam 9.00-9.30 mlm selepas isyak, saya akn buat teh hijau panas tanpa gula.

8)Tips lain2 , jgn sesekali ambil minuman yg bergula, bayankkan minum air kosong setiap hari, elakkan apa jua sos, banyakkan buat research, pastikan tidur awal pada waktu malam, pastikan dapat rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga manfaat untuk semua 😊

Pssst: Cuma bulan puasa je tak boleh nak control makan sebab makanan yg dijual semua mengiurkan 🤣🤣🤣

Losing weight is a mind game. Change and never give up your mind. Trust me 😊

Perkongsian Dari FB Faiz Saumi

Leave a Reply

%d bloggers like this: