DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Ubat Loratadine Rawat Resdung ?

Ubat Loratadine Rawat Resdung ?

Ramai yang cadangkan ubat ini untuk rawatan resdung malah telah viral pun. Ubat ini dinamakan sebagai loratadine.

Tapi kalau beli di farmasi nama jenamanya adalah clarytine. Ubat ni memang selalu digunakan untuk merawat resdung. Pendek kata kalau dekat hospital tu, kalau doktor merawat kanak-kanak yang ada resdung tu, rawatan pertama yang akan dicuba adalah ubat ini.

Apa-apa pun pergi periksa dengan doktor dulu kalau ada simptom resdung

Apa itu Resdung?

Resdung dalam istilah perubatan dipanggil sebagai Allergic rhinitis. Jadi, ia adalah penyakit alahan. Kalau salah makan, hidung beringus, tersumbat, selalu bersin dan juga hidung gatal.

Ini disebabkan bila tersalah makan, makan makanan yang sesorang itu alah padanya, badan akan menghasilkan satu kompaun bernama histamin.

Histamin inilah yang akan menyebabkan simptom resdung berlaku.

KENAPA GUNA UBAT LORATADINE?

Ubat ini adalah sejenis anti-histamin bermaksud dia melawan kesan histamin yang menyebabkan simptom resdung.

Loratadine ini adalah generasi kedua antihistamin yang boleh mengelakkan beberapa kesan sampingan ubat histamin generasi pertama yang selalunya menyebabkan rasa mengantuk.

Tetapi ada juga sesetengah individu yang akan mengalami kesan sampingan yang sama.

Perlu diingatkan bahawa terdapat pelbagai lagi rawatan resdung. Yang pastinya, rawatan sedut habuk kayu ataupun asap pada hidung tidak akan menghilangkan masalah alahan pada seseorang.

Jika anda mengalami resdung yang melampau, adalah lebih baik berada di bawah pantauan doktor.

Follow kami di channel telegram t.me/ediagnosa bagi mendapat info perubatan terus ke telefon bimbit anda

((Komen ‘TQ’ sket supaya lebih ramai dapat melihat post ini dan jgn lupa follow page kami TheDiagnosa)

Leave a Reply

%d bloggers like this: