UJIAN AKAN BERAKHIR ? Hanya Yang Kuat Akan Bertahan

UJIAN AKAN BERAKHIR ? Hanya Yang Kuat Akan Bertahan

MUNGKINKAN UJIAN INI AKAN BERAKHIR…“Bila la nak habis dugaan kat kita ni, lepas satu, satu” luah seorang kawan saya tentang dugaan hidup yang dialaminya. Saya cuma senyum je. Saya ni pengalaman tak banyak mana, tp dari apa yang saya alami sepanjang kehidupan ini, selagi kita masih hidup, selagi itulah ujian dan dugaan akan datang dari mana-mana rupabentuk.

“Dia lah yang menjadikan tiada kehidupan kepada kehidupan, utk menguji di kalangan kamu siapa yang paling baik amalannya “ [67:2]

Zaman kita kecil2 dulu, ujian hidup ni kita tak rasa sangat. Simply sbb kita tak ada accountability pun. Tahu nak enjoy je. Nak belajar pun sampai kena paksa2. Tapi bila dah dewasa, everything falls into our very own hands. Semuanya dah kena fikir, tanggung, dan jawab sendiri.

Saya renung-renung sepanjang saya menceburkan diri dalam biz Shaklee. Tak habis-habis ujian dan dugaan tu datang. Satu masa dulu teruk kami dikecam kerana “set tambah susu”. Astaghfirullah, siap kena boikot, kena pulau. Tapi hari ni berlambak2 iklan produk tambah susu (produk lain), siap ada papan iklan di tepi highway. Mana yang lantang sangat attack kami dulu?

Bukan nak mengungkit, cuma nak ambil lesson learnt. Macam2 lagi lah. Yang tak tahan, mereka pergi. Yang bertahan, mereka teruskan. Bertambah mudah ke? Tidak. Malah makin sukar, makin banyak, makin berat. Tapi satu perkara yang pasti, kita jadi lebih baik dari sebelumnya. Kalau biasa sikit2 nak sentap, jadi tak sempat nak fikir tentang sentap pun, banyak lagi benda lebih produktif mesti difikirkan.

Dulu saya hairan, bagaimana orang2 yang diduga bertimpa2 dgn macam2 ujian dan kecaman, masih boleh senyum. Adakah mereka menyimpan perasaan? Tidak, mereka cuma tak peduli je. Tapak kaki kita ni bila berjalan di tengah panas berkaki ayam setiap hari, akan jadi kematu dan keras. Terpijak Lego pun tak rasa apa dah. Nak lari dari ujian? Sabar, satu masa pasti semua ujian dan dugaan akan berakhir. Bila kita mengakhiri kehidupan kita di dunia ini…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat