DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Ujian Mantoux

Ujian Mantoux

Ujian Mantoux adalah ujian yang dilakukan untuk menyiasat sama ada individu dijangkiti bakteria Tibi ke tidak.

Ini kerana apabila ada ahli keluarga atau kenalan kita menghidap Tibi, semua kontaks iaitu orang yang ada berhubung secara terus (face to face) dengan pesakit perlu disaring kerana berisiko dijangkiti penyakit Tibi.

Anggota kesihatan akan menjalankan ujian Mantoux iaitu menyuntik cecair Tuberkulin di bahagian bawah kulit lengan kita. (Tak sakit pun!!!)

Penyakit Tibi mudah berjangkit jika ia tidak dirawat dan tidak mengikut saranan penjagaan kesihatan seperti pesakit dinasihatkan memakai topeng mulut (mask) bagi mengelakkan perebakan bakteria.

Namun begitu, kita perlu ingat Tibi boleh disembuhkan jika pesakit menjalani rawatan ditetapkan.

Kredit: Promosi Kesihatan Cheras

Leave a Reply

%d bloggers like this: