Ulser Mulut Boleh Sembuh Dengan Diet Berkesan

Ulser Mulut Boleh Sembuh Dengan Diet Berkesan

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

APAKAH YANG MENYEBABKAN ULSER MULUT ?

Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

  • Stres Perubahan hormon Jangkitan (infeksi).
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan Radioterapi Kimoterapi

TANDA-TANDA ULSER MULUT

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan Tidak selesa
  • Hilang selera makan Demam

BERAPA LAMA ULSER MULUT AKAN SEMBUH ?

Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari

Tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

sumber: ilmutahukahanda

PETUA TRADISIONAL MENYEMBUHKAN ULSER MULUT

Kalau kena ulser mulut memang rasa macam nak menangis je kan.

Lagi-lagi bila nak makan, memang rasa pedih je.

Ulser ni boleh kena pada bahagian lidah, bibir atau pun sekitar tekak.

Selalunya ulser ni ambil masa seminggu nak sembuh.

Ini ada beberapa cara cepat dan berkesan untuk sembuhkan ulser mulut.

1. AIR GARAM

Air garam dapat mengurangkan kesakitan dan mematikan kuman yang mengakibatkan ulser tersebut.

Kita hanya perlu berkumur air garam dua atau tiga kali sehari.

2. AIR KELAPA

Kenaikan suhu badan juga adalah salah satu penyebab berlakunya ulser.

Kita digalakkan minum air yang mencukupi atau mengamalkan air kelapa untuk mengimbangi suhu badan kita.

3. MARJERING

Marjerin juga berupaya menyembuhkan ulser mulut.

Cuma letakkan marjerin pada sekitar kawasan yang terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh.

4. MADU

Agen pembunuh yang terkandung dalam madu boleh menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat.

Ia mampu merawat ulser dengan berkesan.

5. SODA PENAIK

Perlu campurkan soda penaik ini dengan air suam sikit, dan letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

sumber: tv14my

TESTIMONIAL ULSER MULUT SEMBUH DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Apa khabr semua? Nama saya Nor Silawati binti Ngah, lebih dikenali sebagai Cik Laa dikalangan rakan-rakan FB terutama rakan-rakan SID, bercerita tentang ulser mulut sembuh

Untuk kali ini, Cik Laa ingin berkongsi #shakleeeffect Cik Laa sejak mengamalkan vitamin Shaklee iaitu ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX dan ZINC COMPLEX.

ulser mulut

MASALAH ULSER MULUT SEMBUH

Cik Laa mempunyai berat badan di bawah BMI yg sepatutnya iaitu under weight. Dengan ketinggian 154cm, berat badan Cik Laa hanyalah 41kg ke 43kg.

Masalah biasa bagi orang yang kurang berat badan ni ialah selalu mengalami ulser mulut atau dikenali sebagai mata ikan.

Beberapa tahun dahulu, ulser mulut merupakan sesuatu yang mengganggu hidup Cik Laa.

Kenapa mengganggu? kerana Cik Laa akan terkena ulser mulut hampir setiap bulan.

Sejak dari sekolah rendah, memang sentiasa ada ulser di bibir, di gusi dan paling sakit di anak tekak atau lelangit.

Sekali terkena, dua atau tiga biji.

Paling sakit bila dia tercantum dan jadi satu luka yang sangat besar.

Kadang kala tidak boleh makan, sukar bercakap dan membawa kepada sakit gigi dan sakit kepala.

Tempoh masa untuk baik mengambil masa dua ke tiga minggu.

Pernah sampai Cik Laa ke klinik sebab tidak tahan sakit ulser tersebut.

Ubat titik Oral Aid Lotion beli kat farmasi adalah teman baik Cik Laa.

FAKTOR TERJADI ULSER MULUT

Hasil daripada pembacaan Cik Laa, ulser ni terjadi atas beberapa faktor.

Antaranya ialah sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah, kekurangan zat besi, mewarisi daripada ibu bapa, stress, kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi, serta masalah haid dan perubahan hormon yang mendadak.

Apa yang Cik Laa perasan, mungkin sebab sistem imun yang rendah, kekurangan zat besi, kurang nutrisi, stress serta masalah hormon adalah penyebab kepada masalah ulser mulut Cik Laa ni.

Sebab Cik Laa memang ada resdung, eczema dan masalah period yang tidak teratur.

AMALKAN SET RESDUNG SHAKLEE

Pada bulan Ogos 2013, Cik Laa mula mengamalkan Shaklee iaitu Set Resdung.

Alhamdulillah, resdung Cik Laa semakin baik dan tidak mengganggu Cik Laa lagi .

Cik Laa perasan, sejak Cik Laa mengamalkan ESP, VITAMIN C, B-COMPLEX & ZINC, Cik Laa sudah jarang terkena ulser mulut.

Yang mula-mula menegur Cik Laa adalah emak.

Emak cakap emak dah tak dengar Cik Laa mengadu pasal ulser mulut.

Kalau dulu Cik Laa akan mengadu sakit mulut, pastu bila terkena ulser Cik Laa jadi sedikit pendiam, sebab sakit bila nak bercakap.

Makan pon jadi kurang selera.

Bila mak tegur, Cik Laa pon baru perasan dan rasa sangat bersyukur.

Bila di ingat balik, mungkin asbab konsisten 4 vitamin itulah menjadikan Cik Laa tidak lagi diganggu masalah ulser mulut.

Cik Laa perasan, jika terjadi lagi ulser tu, dalam masa tiga ke lima hari, ulser akan baik sndiri.

Tidak seperti sebelum ini dalam dua minggu ke tiga minggu baru baik. Alhamdulillah…

VITAMIN UNTUK ULSER MULUT

Bagaimana vitamin-vitamin ini membantu Cik Laa mengatasi masalah ulser mulut?

Seperti yang Cik Laa beritahu tadi, ulser mulut terjadi di sebabkan beberapa faktor.

Apabila konsisten vitamin-vitamin tersebut, faktor yang menyumbang kepada ulser mulut dapat dielakkan.

Sebagai contoh ESP, iaitu protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru.

Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir Cik Laa.

Selain itu, Zinc juga sangat membantu dalam penyembuhan luka tapi sekakarang Zinc takde stok.

Boleh ganti dengan Vitalea kerana dalam Vitalea jugak ada kandungan zinc.

Vitamin C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi.

Apabila sistem imunisasi badan Cik Laa kuat, ia dapat menghalang daripada berlakunya ulser mulut.

B-Complex pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan Cik Laa kerana B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik.

Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi.

Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.

KONSISTEN MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Alhamdulillah, Cik Laa sangat bersyukur kerana hasil konsisten vitamin-vitamin Shaklee, Cik Laa dapat mengatasi masalah yang mengganggu hidup Cik Laa selama ini.

Walau nampak ulser mulut tu sesuatu yang kecil, tetapi ia sangat mempengaruhi emosi dan aktiviti seharian kita.

Kepada mereka di luar sana yang mempunyai masalah seperti Cik Laa, Cik Laa sangat mengesyorkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita kerana ia adalah selamat, semulajadi dan sangat berkesan.

In Syaa Allah, kita tidak akan menyesal dengan Shaklee Effect yang kita dapat nanti.

Jom kita sama-sama tingkatkan kualiti kesihatan kita agar kualiti hidup kita jugak meningkat.

Amin.. Alhamdulillah. Ini Shaklee Effect Cik Laa.

Terima kasih Allah dan terima kasih Shaklee.

CARA ORDER SET ULSER  MULUT SHAKLEE

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Ainul Mustafa  013-3612717

atau klik icon di bawan ini.

ulser mulut sembuh

ATAU

ulser mulut sembuh dengan shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu