USAHA TANGGA KEJAYAAN – Malas Escalator Kegagalan

usaha tangga kejayaan

Usaha tangga kejayaan. Susah nak elak perasaan cemburu bila ternampak orang yang pakai BMW. Perasaan cemburu itu terkadang melebih-lebih, hingga buat kita on denial mode “dia takpe lah….” atau “aku lain….”.

Tapi percayalah, disebalik senyuman orang berjaya ada seribu satu kisah duka. Kisah pengorbanan mereka yang kita pun kadang-kadang tak sangka “eh, dulu dia lebih kurang macam aku saja”. Bezanya, mereka merebut peluang di depan mata & berusaha mengalahkan orang gila.

USAHA TANGGA KEJAYAAN, TIADA MASA ISTIREHAT ?

Tatkala kita beristirehat bersama keluarga di hujung minggu, mereka senyap-senyap menuntut ilmu & berguru. Tatkala kita terus beralasan “tapi aku malu”, mereka tolak tepi ego sendiri, redah muka tembok & abaikan saja kata-kata si pengutuk. Tatkala kita asyik penat seharian bekerja, mereka terus bersengkang mata demi menggapai impian hidup bersama yang tercinta.

HAKIKAT KEJAYAAN TIADA JALAN PINTAS

Hakikatnya, tiada jalan pintas menuju kejayaan. Yang ada cuma tangga curam. Tangga yang terpaksa kita gagahi agar tak terjerumus ke perangkap hidup yang suram. Sebab itu kata orang, “Usaha Tangga Kejayaan” tapi “Malas Escalator Kegagalan”

TIPS KEKAL KONSISTEN DALAM PEMASARAN ONLINE

Tips 1: Jadual

Rancang jadual anda dan berusaha untuk kekal dan patuh pada jadual yang telah anda rancangkan. Wujudkan kalendar dan buku nota khas bagi perancangan perniagaan online anda seperti Google Calendar. Catatkan perancangan anda secara harian, mingguan dan bulanan agar ianya dapat membantu melicinkan perjalanan perancangan anda. Pantau perjalanan perancangan yang telah dijadualkan dan kekal dengan matlamat yang ingin di capai.

Tips 2: Keutamaan

Senaraikan dan susun keutamaan perancangan anda. Elakkan untuk melakukan terlalu banyak tugasan pada satu masa dan cuba fokus untuk selesaikan satu perkara pada satu masa agar dapat memastikan kesempurnaan kerja tersebut. Catatkan pada buku nota khas anda bagi kerja yang sudah di selesaikan,

Tips 3: Fokus

Perancangan yang dibuat pastikan tidak berubah dan mesti realistik. Ini bagi mengelakkan anda hilang arah di pertengahan jalan perancangan anda. Matlamat yang realistik adalah penting bagi memastikan anda kekal fokus dan tidak mewujudkan tekanan yang boleh membawa pada kegagalan. Matlamat yang anda bina, haruslah mengambil kira masa dan keupayaan anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Tips 4: Motivasi Diri 

Hargai usaha anda bagi setiap perancangan yang telah berjaya anda selesaikan. Ini adalah sebagai satu motivasi kepada diri sendiri agar terus bersemangat dan kekal fokus. Tampal kata-kata motivasi yang mampu mengekalkan dan mengingatkan anda pada matlamat anda seperti “If it doesn’t challenge you, It doesn’t change you”. Motivasi diri yang tinggi akan mampu membantu anda mencapai kejayaan luar biasa.

Tips 5: Bantuan

Dalam apa jua yang kita lakukan ada masanya kita memerlukan bantuan daripada pihak lain. Kita harus menerima yang tidak semua perkara kita boleh lakukan sendiri terutama dalam perniagaan online yang complex ini. Elakkan untuk terus mencari penyelesaian sendiri yang mungkin akan membuatkan jadual perancangan anda terjejas. Jika permasalahan yang dihadapi tidak mampu di atasi dengan skil yang anda ada, wajib mohon bantuan untuk memudahkan dan mempercepatkan perancangan anda.

sumber: amirulazizan

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu