Utamakan Misi Bukan Emosi

Utamakan Misi Bukan Emosi

MISSION FIRST, SELF INTEREST LAST

Ciri-ciri org berjaya adalah mengutamakan misi dan visi, bukan emosi sendiri.

Lumrah manusia, ada masa up ada masa down… ada masa motivasi tertinggi, ada masa di titik terendah…. ada masa energi tinggi, ada masa nak berbungkus di dalam kain selimut…

Tapi kalau kita nak ikutkan perasaan… bila ada mood baru nak bergerak, tak ada mood tak buat apa2… aduh, bayangkan kalau emak atau ayah di rumah masak ikut mood, time rajin ada makanan utk anak2, time malas, anak2 tahan aje lapar… tak logik langsung kan?

Oleh itu elakkan lah bekerja ikut perasaan, ikut mood, ikut motivasi…

Kerana itu org berjaya awal2 dah ada target, misi & visi yg jelas.

Orang yg tak faham anggap visi dan misi ni sebagai ‘alamat meramal masa depan’, sedangkan ia adalah sesuatu utk diusahakan sampai berjaya, bukan tunggu ia terjadi kepada kita.

Bila ada visi yg jelas, dan misi utk dilaksanakan, kita takkan bergantung kepada mood dan emosi bila kita buat sesuatu.

Contohnya bila seorang pelajar ada visi dan misi utk capai straight As, dia takkan duduk termenung, main games & tonton TV sambil tunggu mood belajar, tp akan belajar ikut jadual walaupun tak ada mood.

Sebab yg mesti dibuat tu, mesti dibuat kan?

Macam kita solat, tak perlu tunggu ada mood utk solat, kita akan solat ikut waktu.

Begitulah jika nak berjaya dalam apa jua pun.

Utamakan misi, bukan emosi.

@kak.lyna
#iReachPrenuer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat
Powered by