DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Vaksin AstraZeneca Selamat ?

Vaksin AstraZeneca Selamat ?

Vaksin AstraZeneca terus diguna di seluruh dunia, diakui selamat

TIGA badan kawal selia vaksin COVID-19 mengesahkan kejadian pembekuan darah (blood clot) yang dilaporkan di beberapa negara di Eropah tiada kaitan vaksin AstraZeneca.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) dan Agensi Regulatori Produk Kesihatan dan Perubatan UK (MHRA) menegaskan pemberian vaksin ini perlu diteruskan.

Mengambil vaksin melebihi kemudaratan akibat tidak divaksin. Vaksinasi menggunakan vaksin ini perlu diteruskan, pendirian WHO.

Dermark, Iceland, Perancis, Itali dan Sweden dan Belanda dilapor menggantung sementara penggunaan vaksin itu selepas timbul kebimbangan vaksin AstraZeneca menyebabkan kejadian darah beku.

WHO, EMA dan MHRA menegaskan, selepas menganalisis data-data vaksinasi di negara-negara terlibat, tiada bukti yang mengaitkan kejadian darah beku dengan vaksin AstraZeneca.

Kejadian darah beku, salah satu penyakit kardiovaskular adalah perkara biasa di Eropah kerana pelbagai sebab.

“Jumlah kes darah beku tidak menunjukkan peningkatan mendadak atau luar biasa. Tiada data boleh mengaitkan kejadian darah beku dengan vaksin,” kata Ketua Keselamatan Vaksin MHRA, Dr Phil Bryan.

Thailand, Korea Selatan dan Jerman meneruskan semula pemberian vaksin AstraZeneca.

United Kingdom, negara pertama menggunakan vaksin AstraZeneca dan 11 juta penduduknya telah disuntik vaksin itu. Setakat in, tiada kesan sampingan serius dilaporkan.

Pengguna terbesar vaksin ini, India. Daripada 24 juta yang divaksin, lebih separuh mengambil AstraZemeca.

Bahagian Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) telah memberi kelulusan bersyarat untuk vaksin AstraZeneca. Kelulusan bersyarat ini memerlukan syarikat pengeluar memberikan laporan keberkesanan dan keselamatan dari semasa ke semasa.

Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba sebelum ini dilaporkan berkata, KKM berpegang teguh dengan penilaian NPRA.

“Kita percaya dengan NPRA dan untuk vaksin AstraZeneca ini, kita lihat terhadap kualiti serta keselamatan vaksin itu sendiri,” katanya.

Syarikat AstraZeneca telah menghantar laporan kesan vaksinasi untuk penilaian NPRA.

Setakat ini, tiada data nenunjukkan kaitan langsung vaksin itu dengan kejadian darah beku.

Malaysia meneruskan proses pembelian dan penerimaan vaksin ini.

“Bekalan vaksin AstraZeneca belum kita terima. Dalam tempoh ini, kita akan terus kaji data-data. Jika pakar-pakar buat rumusan, kita akan umumkan, ” kata Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin.

AstraZeneca vaksin kedua paling banyak diguna di seluruh dunia dan juga vaksin kedua mendapat kelulusan WHO untuk kegunaan kecemasan.

JKJAV

(GAMBAR HIASAN) Brian Pinker, 82 tahun dari Britain menjadi individu pertama yang menggunakan vaksin AstraZeneca pada 6 Januari 2021.

Leave a Reply

%d bloggers like this: