DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Vaksin Nak Pakai Baju Apa ?

Vaksin Nak Pakai Baju Apa ?

Perkara ini nampak remeh tetapi sangat penting untuk memudahkan urusan semasa pengambilan vaksin!

Bayangkan jika anda hadir ke pusat pengambilan vaksin dengan kebaya ketat dengan tudung lilit 360’ serta pin berjurai, pasti sangat sukar dan perlu mengambil masa yang lama untuk anda mendedahkan bahagian bahu untuk menerima vaksin.

Untuk lelaki, anda mungkin terpaksa mendedahkan dada bidang jika mengenakan kemeja lengan panjang yang ketat.
.
Untuk Lelaki/ wanita

✅ Pilih pakaian lengan pendek yang longgar dan selesa. T shirt/ kemeja atau t shirt polo lengan pendek yang sesuai

Untuk wanita berhijab

✅ Rancang untuk mengenakan pakaian 2 lapis dengan 1 pakaian longgar lengan pendek di bahagian dalam dan kardigan lengan panjang di bahagian luar.

*Jangan bimbang, bilik suntikan untuk wanita adalah berasingan dengan lelaki

Leave a Reply

%d bloggers like this: