DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Virtual Support Group Masalah Mental

Virtual Support Group Masalah Mental

Peranan ‘Virtual Support Group’ bagi masalah mental.

Pada zaman dunia tanpa sempadan ini, ramai yang menggunakan internet sebagai salah satu strategi ‘coping’ dalam berhadapan dengan kemurungan sehari-harian atau pada mereka yang mengidap penyakit kemurungan. Selagimana cara tersebut tidak memberi mudarat kepada diri atau orang sekeliling, jadi tidak mengapa untuk dipraktikkan.

Dalam kajian terdahulu, kumpulan-kumpulan sokongan maya ini mempunyai keperluan yang mana secara tidak langsung dapat memberi sokongan emosi kepada individu lain yang sedang dalam fasa ‘down’. Antara bantuan yang boleh diberikan adalah dengan memberi informasi tentang bagaimana untuk mendapatkan rawatan profesional, bagaimana untuk berhadapan dengan situasi yang sukar, mahupun tempat yang boleh dihubungi apabila dilanda krisis. Mungkin nampak ‘simple’, tapi kata-kata seperti ‘All the best!” “Get well soon” “Semoga dipermudahkan” juga mungkin mampu menaikkan semangat yang suram. Selain itu, penjaga (caretaker) juga boleh mendapatkan manfaat dengan cara mendalami situasi-situasi pesakit lain yang mungkin sama dengan orang yang dibawah jagaan mereka.

Tidak dinafikan akan ada yang mungkin menerima kesan yang tidak elok daripada kewujudan kumpulan-kumpulan sokongan maya ini, namun dengan pantauan dan penyeliaan yang terkawal, inshaAllah kumpulan-kumpulan sokongan ini mampu dimanfaatkan sebaiknya kepada individu yang memerlukan.

Selain itu, semua pihak perlu maklum yang kumpulan sokongan secara atas talian ini bukanlah pengganti kepada rawatan utama atau mengambilalih tugas rawatan secara ubatan. Ia mungkin membantu sebagai salah satu elemen yang penting dalam proses untuk meminimakan bebanan perasaan yang ditanggung ketika itu.

Dalam usaha untuk mendapatkan rawatan secara holistik, elemen sosial juga menjadi salah satu aspek dalam proses rawatan. Disini, kumpulan sokongan diharapkan mampu memberi peranan. Syukur, bagi mereka yang mendapat bantuan sokongan sosial daripada keluarga, saudara-mara, jiran dan sahabat terdekat, namun realiti yang perlu kita turut beri perhatian adalah pada mereka yang tiada tempat untuk meluahkan rasa atau mendapatkan bantuan psikososial.

Semoga masyarakat dapat memanfaatkan kumpulan sokongan maya ini dengan sebaiknya agar dapat membina generasi yang sejahtera kesihatan mental. Anggota masyarakat perlu melengkapkan diri dengan kemahiran untuk mendengar tanpa menghakimi, dan turut menyemai sikap empati. Dalam masa yang sama, ahli-ahli dalam kumpulan sokongan maya perlu bijak menjaga diri dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali. Dapatkan kaedah pencegahan yang optimal supaya tidak mendatangkan masalah dimasa akan datang.

Jika anda memerlukan sokongan sosial, sertai kumpulan sokongan secara atas talian Depression Survivors (Malaysia).
Sila pastikan anda menjawab soalan yang ditanya dengan jujur dan membaca peraturan yang telah digariskan.

Dan jika anda memerlukan ruang privasi bersama kaunselor berdaftar, dapatkan bantuan psikososial dengan membuat temujanji bersama kaunselor di talian bit.ly/TalianReachU.

kredit : Malaysian Mental Care Association

Leave a Reply

%d bloggers like this: